Ikuti Kami:

Kisah Peguam Balas Dendam, Episod Awal ‘Joseon Attorney’ Raih Rating Biasa

Kisah Peguam Balas Dendam, Episod Awal ‘Joseon Attorney’ Raih Rating Biasa

Akhirnya Woo Do-hwan melakukan comeback dengan drama pertamanya selepas selesai berkhidmat dalam ketenteraan.

Sinopsis

“Joseon Attorney” membawa kisah seorang peguam cawangan hal ehwal luar negeri membalas dendam terhadap musuh yang membunuh kedua ibu bapanya.

Bukan peguam biasa

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, penonton diperkenalkan dengan watak Kang Han-soo (Woo Do-hwan) iaitu seorang lelaki yang kehilangan segalanya semasa kecil selepas kematian orang tuanya. Walau bagaimanapun, rintangan itu tidak menghalang untuk dia bangkit dan melawan segala ketidakpastian hingga berjaya menjadi peguam.

mbc joseon attorney

Bukan sahaja momen mengujakan lelaki itu menghukum penjenayah namun hubungannya bersama Lee Yeon-joo (Bona WJSN) iaitu seorang puteri yang sedang menyembunyikan identiti sebenarnya nyata berbunga. Pun begitu, cinta mereka mungkin akan menemui sedikit kesukaran kerana puteri tersebut sudah pun ditunangkan dengan Yoo Ji-sun (CHa Hak-nyeon), hakim dari keluarga bangsawan.

Rating biasa

Merupakan pengganti drama “Kokdu: Season Of Deity”, “Joseon Attorney” berjaya mencatatkan rating lebih baik daripada drama berkenaan dengan catatan 2.8% dan 2.9%. Pun begitu, drama bersejarah dilihat mungkin akan mengalami kesukaran untuk berlawan dengan kepopularitian “Taxi Driver 2” di mana ianya bersiaran dalam slot yang sama.

mbc joseon attorney

Dalam pada itu, para penonton memberikan pujian buat Woo Do-hwan kerana mampu membawa watak yang hebat dalam drama bersejarah meskipun sudah 2 tahun berehat daripada bidang lakonan. Malah keserasian di antaranya dan Bona WJSN turut berjaya meyakinkan penonton dengan hubungan watak mereka berdua.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...