Ikuti Kami:

Kisah Pasangan Berpisah Bertemu Semula, Kim Dami & Choi Wooshik Terajui Drama Romantik ‘Us That Year’

Kisah Pasangan Berpisah Bertemu Semula, Kim Dami & Choi Wooshik Terajui Drama Romantik ‘Us That Year’

Yes! Kim Da-mi dan Choi Woo-shik disahkan bakal membintangi drama asal Studio N, “Us That Year”.

Naskhah komedi romantik itu membawa kisah bercelaru pasangan yang sudah berpisah dengan kenyataan,

Ia merupakan masih yang teruk bersama kamu, dan jangan kita berjumpa lagi.

Walaubagaimanapun, dokumentari yang dirakam mereka 10 tahun lalu ketika masih di sekolah menengah tiba-tiba mengecap populariti dan mereka terpakasa bersama semula di hadapan kamera.

Ikuti kisah romantik di mana ia memaparkan pelbagai isu yang dihadapi oleh generasi kini seperti impian, cinta, kehidupan dan perkembangan dalam perhubungan selama 10 tahun lamanya.

us that year

Choi Woo-shik akan membawa watak Choi Woong, yang tampil tidak matang dan mempunyai jiwa bebas tetapi sangat ikhlas apabila menjumpai sesuatu yang diingininya buat pertama kali dalam kehidupan ini.

Kim Da-mi pula akan melakonkan watak Gook Yeon-soo, yang mempunyai matlamat hidup paling besar iaitu mendapat No.1 ketika zaman sekolahnya. Kini, dia cuba menjadi seorang dewasa yang hidup dengan bengis dan menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti sambil menyimpan luka dalam hatinya.

Rata-rata penonton meluahkan rasa teruja untuk melihat semual gandingan Kim Da-mi dan Choi Woo-shik memandangkan kedua mereka pernah bkerjasama dalam filem popular “The Witch” sebelum ini.

“Us That Year” akan mempunyai 16 episod kesemuanya dan bakal memulakan produksi pada separuh kedua tahun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...