Diam tak diam, Kwak Dong-yeon dan Lee DO-hyun dikatakan bakal bertemu dalam sebuah siri Netflix terbaru bertajuk “Hunting Dogs” tak lama lagi.
Menurut agensi Lee Do-hyun,
Dia ada menerima tawaran berlakon untuk ‘Hunting Dongs’ tetapi ia adalah salah satu daripada projek yang sedang ditelitinya. Jadi, belum dapat dipastikan dia akan muncul dalam drama itu.
Respon agensi Kwak Dong-yeon pula,
Dia ada mendapat tawaran dan ia merupakan salah satu projek yang sedang ditelitinya.
Malah pihak Netflix turut memberikan kenyataan mengenai berita ini,
Tiada apa yang ditentukan lagi berkenaan kemunuclan Lee Do-hyun dan Kwak Dong-yeon dalam ‘Hunting Dogs’
Diadaptasi daripada webtoon, “Hunting Dogs” membawa kisah mengenai tiga lelaki berhutang yang berbelit dengan satu sama lain dan mula memburu wang. Drama 8 episod ini dikhabarkan akan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini.
Wow, tak pernah bayangkan mereka akan berlakon bersama!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.