Makin menjadi-jadi Song Kang sekarang ini! Selepas “Sweet Home”, lelaki itu sudah disahkan bakal muncul dalam drama “Love Alarm 2” dan “Navillera” tak lama lagi. Bahkan diam tak diam, dia kini dikhabarkan akan bergandingan dengan Park Min-young dalam sebuah drama melodrama baru.
“Office Romance Cruelty” yang akan ditayangkan di bawah saluran JTBC ini membawa kisah pekerjaan dan cinta di Agnesi Meteorologi di mana ianya lebih panas dari malam tropika dan lebih signifikan dari hujan lebat. Ia padat dengan kisah kegembiraan kehidupan individu yang punah, jatuh namun bangun semula serta ‘membesar’ bersama mereka hari-hari.
Park Min-young telah dilamar membawa watak Jin Ha-kyung, penyampai cuaca di agensi berkenaan manakala Song Kang pula ditawarkan berlakon watak Lee Si-woo yang bertugas di bahagian perkhidmatan meteorologi.
Berada di bawah agensi yang sama, Namoo Actors mengesahkan bahawa kedua mereka ada menerima tawaran tersebut,
Park Min-young dan Song Kang dilamar untuk membintangi drama ‘Office Romance Cruelty”.
Bakal diarahkan oleh Cha Young-hoon iaitu pengarah yang sama untuk drama “When The Camellia Blooms”, sudah pasti ramai yang teruja dengan drama ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.