Utama Drama Korea Kisah Khianat & Curang, Jun Somin & Song Yoonah Sah Terajui Drama...

Kisah Khianat & Curang, Jun Somin & Song Yoonah Sah Terajui Drama ‘Show Window’

channel A show window

Nampaknya Jun So-min akan bawa kelainan dalam karier lakonannya tak lama lagi.

Selepas hanya khabar angin, Jun So-min, Song Yoon-ah dan Lee Sung-jae disahkan bakal menerajui drama terbaru Channel A bertajuk “Show Window”.

Ianya merupakan drama melodrama misteri mengenai seorang wanita yang menyokong seorang wanita lain tanpa mengetahui bahawa dia ialah perempuan simpanan suaminya.

Son Yoon-ah bakal membawa watak Han Sun-joo, permaisuri yang membina keluarga sempurna. Dia kemudiannya mula berubah selepas hidupnya mula runtuh sedikit demi sedikit. Lee Sung-jae pula akan melakonkan watak Shin Myung-seop yang duduk di sebelah permaisuri dan mempunyai tona yang lembut dan membuai.

channel A show window

Jun So-min pula bertanggungjawab menjadi Yoon Mi-ra, seorang wanita yang kehilangan ibu bapa semasa masih kecil dek sebuah kemalangan jalan raya. Kemudian, dia berkenalan dengan Shin Myung-seop dan jatuh cinta pada lelaki itu. Sudah pun beristeri, Yoon Mi-ra tidak beralah dan bertentangan dengan Han Sun-joo.

Antara pelakon lain yang bakal menyerikan lagi “Show Window” ialah Hwang Chan-sung, Kim Seung-su, Moon Hee-kyung, Kim Hae-in, Kim Young-jun, Oh Seung-eun, Lee Sun-jin, Kim Jeong-tae, Park Jeong-hak, Seol Ji-yun, Kim Byeong-ok, Jeong Se-hyung dan Jung Jeong-ah.

Khabarnya “Show Window” bakal menemui penonton pada November nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERJoy News 24
Loading...