Ikuti Kami:

Kisah Ketua PR & Selebriti Tak Sebulu, Lee Sungkyung & Kim Youngdae Sah Terajui ‘Shooting Star’

Kisah Ketua PR & Selebriti Tak Sebulu, Lee Sungkyung & Kim Youngdae Sah Terajui ‘Shooting Star’

Akhirnya! Lee Sung-kyung dan Kim Young-dae disahkan bakal membintangi drama tvN “Shooting Star”.

Drama ini membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea melibatkan komuniti seperti pasukan PR, pengurus, dan wartawan yang membantu membersihkan kerosakan yang dilakukan oleh selebriti. Kisah romantik komedi ini menceritakan Oh Han-byul, ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan dan bekerja dengan Gong Tae-sung, seorang selebriti popular yang juga merupakan musuh ketatnya. Drama ini akan memaparkan kisah sebenar yang terselindung daripada umum mengenai semua yang bersusah payah bagi memberikan sinar buat selebriti.tvn shooting starLee Sung-kyung akan berlakon sebagai ketua PR, Oh Han-byul. Dia mempunyai kebolehan berkata-kata dan menguruskan krisis dengan hebat. Dengan kemampuannya dalam ‘menarik’ orang lain, dia mendominasi industri sambil bekerja dalam pelbagai bidang seperti publisiti, respon krisis, komunikasi dan banyak lagi.

Kim Young-dae membawa watak selebriti paling popular di agensi berkenaan, Gong Tae-sung  dan sering bertelagah dengan Oh Han-byul. Dia merupakan selebriti kelas atasan yang sangat disayangi umum dan mempunyai imej seperti malaikat serta baik. Namun, lelaki itu juga cepat marah dan suka bersaing.

Dengan perbezaan personaliti itu, kedua individu itu akan bekerjasama dan menjadi matang dan dewasa di dalam proses tersebut.

Korang dah ready ke nak tengok gandingan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...