Ikuti Kami:

Kisah Keluarga Menyentuh Hati & Kelakar, Episod Awal ‘Uncle’ Raih Rating Biasa

Kisah Keluarga Menyentuh Hati & Kelakar, Episod Awal ‘Uncle’ Raih Rating Biasa

Siapa yang minat drama mengenai keluarga? Nampaknya “Uncle” merupakan seleksi baru dari Korea buat anda!

Sinopsis

“Uncle” ialah drama komedi mengenai seorang ayah saudara yang bekerja sebagai ahli muzik dan papa kedana. Disebabkan oleh penceraian kakaknya yang serabut, dia terpaksa menjaga anak buahnya buat sementara waktu.

Cerita keluarga

Air dicincang tak akan putus, itulah yang boleh digambarkan untuk drama “Uncle”. Ianya menampilkan hubungan si pak cik yang merupakan seorang pemuzik tak laku bersama anak saudaranya yang OCD (personaliti obsessif kompulsif).

tv chosun uncle

Meskipun baru dua episod, ianya sudah padat dengan babak keluarga yang menyentuh hati selain kelakar juga. Memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga!

Rating biasa

Untuk episod awalnya, “Uncle” hanya mampu meraih rating sebanyak 2.4% dan 2.8% iaitu satu pencapaian yang biasa sahaja. Bagaimanapun, semua penonton memuji cerita itu yang menyentuh hati selain seronok melihat Oh Jung-se menjadi teraju utamanya.

Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...