Ikuti Kami:

Kisah Kekeluargaan ‘My Unfamiliar Family’ Terus Terima Pujian, Catat Rating Tertinggi Pada Episod Akhir

Kisah Kekeluargaan ‘My Unfamiliar Family’ Terus Terima Pujian, Catat Rating Tertinggi Pada Episod Akhir

Akhirnya, tamat juga drama kekeluargaan yang menghiasi saluran tvN sejak kebelakangan ini iaitu “My Unfamiliar Family”.

Sinopsis ringkas

Drama ini membawa penonton menelusuri hubungan rumit di antara keluarga dan rakan-rakan. Kim Eun-hee (Han Ye-ri) merupakan anak kedua yang mempunyai hubungan asing dengan setiap ahli keluarganya. Oleh sebab itu, dia lebih senang menceritakan segala masalah kepada rakan baiknya yang sudah dianggap seperti abang sendiri iaitu Park Chan-hyuk (Kim Ji-seok).

episod terakhir my unfamiliar family

Naskhah ini memberi penekanan kepada realiti keluarga moden kini yang kian menjauh antara satu sama lain apabila semakin meningkat tua. Bagi mengisi ruang yang kosong itu, ada antara ahli keluarga yang memilih untuk mengikat hubungan dengan orang luar dan menganggap mereka sebagai keluarga sebenar. Walaubagaimanapun seperti kata pepatah, ‘air yang dicincang tidak akan putus’.

Pengakhiran yang manis

Walaupun Kim Eun-joo (Cha Ju-hyun) berasa belot awalnya apabila mendapat tahu bahawa suaminya adalah homoseksual dan menyorokkan perihal tersebut daripada pengetahuan dia sehingga selepas bertahun bersama. Pun begitu, pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai dan wanita tersebut nampak lebih bahagia dengan kehidupannya. Malah dia boleh berbaik semula dengan bekas suaminya dan kini hatinya berbunga-bunga dek kehadiran seorang rakan sekerja bernama Min-woo (Kwon Yool).

episod terakhir my unfamiliar family

Kim Eun-hee dan Park Chan-hyuk yang berterusan bermain tarik tali kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan persahabatan mereka akhirnya mengakui rasa cinta yang sudah lama tersemai dan mula bermadu kasih. Namun begitu, tidak bagi anak bongsu keluarga itu yang kehilangan segalanya selepas melarikan diri ke Kanada kerana tidak betah melayan pelbagai masalah dalam keluarga mereka. Lelaki itu kemudiannya kembali ke pangkuan ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain apabila menyedari bahawa mereka sebenarnya sentiasa berada bersamanya ketika susah dan senang.

episod terakhir my unfamiliar family

Ibu bapa mereka iaitu Jung Jin-young (Kim Sang-sik) dan Lee Jin-suk (Won Mi-kyung) juga mula memaafkan satu sama lain dan melupakan sengketa lama selepas wanita tua itu keluar daripada rumah buat sementara waktu bagi menikmati segala impiannya yang tertangguh selama ini. Walaubagaimananpun, “My Unfamiliar Family” berakhir bahagia apabila mereka semua berkumpul semula dan meluangkan masa bersama.

Rating terbaik semasa episod terakhir

Meskipun bermula dengan rating biasa-biasa sahaja, namun “My Unfamiliar Family” terus meningkat pada saban episod. Ini disebabkan oleh kesemua pelakon yang menunjukkan mutu lakonan yang hebat malah jalan cerita yang realistik dan memukau membuatkan penonton kekal menonton dengan setianya sehingga ke akhir tayangan.

episod terakhir my unfamiliar family

Bahkan episod terakhir drama kekeluargaan ini telah mencatatkan rating tertinggi sepanjang tayangannya iaitu 5.434%. Satu rekod yang sangat hebat bagi drama yang ditayangkan di saluran berbayar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...