Ikuti Kami:

Kisah Kehilangan Di Rumah Agam Misteri, Yoon Kyunsang & Lim Jiyeon Sah Terajui Drama ‘The Mansion’

Kisah Kehilangan Di Rumah Agam Misteri, Yoon Kyunsang & Lim Jiyeon Sah Terajui Drama ‘The Mansion’

Dah lama rasanya tak nampak Yoon Kyun-sang dan Lim Ji-yeon berlakon kan?

Tapi nampaknya mereka bakal bergandingan dalam sebuah drama TVing baru tak lama nanti.

“The Mansion” ialah drama thriller misteri berlatar belakangkan sebuah flat yang bakal diubah suai dan mengisahkan mengenai kebenaran di sebalik kehilangan seorang wanita. Diiringi jiran-jiran mencurigakan yang menyembunyikan ketamakan mereka dengan wajah yang biasa, rahsia itu mula terbongkar sehingga menimbulkan rasa saspens dan ketakutan realistik.

Lim Ji-yeon memgang watak Ji Na, seorang pekerja hotel yang sedang menjejaki kehilangan kakaknya. Meskipun kehidupannya nampak tenang, dia merupakan seseorang yang menyimpan rasa rendah diri di dalamnya. Selepas kehilangan kakaknya, dia kembali ke rumah ibu bapanya yang dipanggil sebagai Rose Mansion. Walaubagaimanapun, dia kemudiannya terlibat dalam satu situasi yang tidak dijangka.

tving the mansion

Yoon Kyun-sang akan melakonkan watak detektif jenayah keganasan iaitu Min Soo yang merupakan satu-satunya individu yang mempercayai kata-kata Ji Na. Seorang yang perlu menyelesaikan sesuatu perkara apabila memulakannya, Min Soo akan membantu Ji Na bagi menyelongkar mengenai kebenaran di sebalik kehilangan Ji Hyun. Walaupun nampak kuat dan boleh dipercayai, lelaki itu sebenanrnya menyimpan rahsia gelap yang tidak diketahui semua.

Khabarnya “The Mansion” akan menemui penonton pada awal 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...