Ikuti Kami:

Kisah Kehidupan Malaikat Maut, Kim Heesun Sah Terajui Drama ‘Tomorrow’

Kisah Kehidupan Malaikat Maut, Kim Heesun Sah Terajui Drama ‘Tomorrow’

Hanya khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini, nampaknya Kim Hee-sun sudah sah bakal menerajui drama terbaru slauran MBC iaitu “Tomorrow”.

Drama itu menceritakan kisah fantasi di tempat kerja dan menggembara di antara realiti dan juga kehidupan akhirat. Apabila dunia selepas kehidupan berada dalam situasi yang menggemparkan dek terdapat ramai roh hasil kes pembunuhan diri, satu pasukan pengurusan krisis telah turun ke bumi bagi menguruskan manusia yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengambil nyawanya sendiri dan membuatkan mereka mahu hidup semula.

Kisah bermula apabila Choi Joon-woong (Ro-woon SF9 sedang dalam perbincangan) yang merupakan seorang penganggur koma disebabkan satu kemalangan. Namun begitu, rohnya mendapat kerja dalam pasukan pengurusan krisis di bahagian pengurusan roh Phanstasmagoria sebagai staf termuda.

rowoon sf9

Kim Hee-sun akan melakonkan watak Goo Ryun, seorang malaikat maut yang bertanggungjawab menyelamatkan sesiapa yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri. Dia merupakan seorang ketua yang berkarisma namun menyimpan dengan rapi mengenai kisah lalunya.

Ianya dikhabarkan akan memulakan tayangan pada separuh kedua 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...