Ikuti Kami:

Kisah Kehidupan Anak Muda & Orang Tua Dalami Ballet, Episod Awal ‘Navillera’ Raih Rating Biasa

Kisah Kehidupan Anak Muda & Orang Tua Dalami Ballet, Episod Awal ‘Navillera’ Raih Rating Biasa

Cerita cinta K-Drama memang menyeronokkan tapi kisah bertemakan kehidupan ataupun impian juga boleh tahan hebat seronoknya. Sama seperti “Navillera” yang baru ditayangkan baru-baru ini.

Sinopsis ringkas

Berkisar daripada webtoon popular, “Navillera” membawa kisah Duk-chool (Park In-hwan) yang mula menari ballet pada usia 70 tahun dan Chae-rok (Song Kang), seorang penari balet berusia 23 tahun yang hilang arah ketika mengejar impiannya. Drama ini akan menceritakan kisah individu yang mengejar cita-cita mereka kerana hidup ini hanya sekali.

tvn navillera

Menurut pengarah “Navillera”, tak kisah drama provokatif ataupun bergerak perlahan, setiap daripadanya mempunyai kekuatan tersendiri. Jika ianya terlalu laju, berkemungkinan besar ada nilai yang penonton terlepas pandang.

Bukan itu sahaja, antara ‘point’ penting drama ini ialah mengenai dunia ballet. Menurut Song Kang, setiap daripada pergerakannya adalah sulit lantas dia mengambil masa selama 5 ke 6 bulan untuk mempelajari tarian tersebut selain memberi fokus kepada pergerakan badan dan ekspresi emosional. Berdedikasi kan?

Episod pertama menyentuh perasaan

Lain daripada yang lain, “Navillera” menampilkan dua watak utama lelaki yang berbeza karakter dan juga personalitinya. Seorang ialah ballerino muda yang berjaya dalam kariernya manakalah seorang lagi ialah lelaki tua yang gigih dan ghairah bagi menghabiskan waktu senjanya. Persamaan mereka? Keduanya kehilangan arah tujuan dan dan kini dalam usaha untuk mencari semula diri sendiri.

Mempunyai 47 tahun perbezaan usia, namun penonton mampu memahami gelora yang ditampilkan oleh dua watak ini. Walaupun nampak janggal dan dingin pada awalnya, Chae-rok pastinya akan menjadi tulang belakang yang besar kepada Duk-chool dalam mencapai cita-citanya.

tvn navillera

Rating sederhana

Masih lagi terlalu awal untuk dikatakan, namun “Navillera” hanya mampu meraih rating biasa pada awal tayangannya iaitu 2.810% untuk episod perdana dan 2.964% pada episod kedua.

Pun begitu, menurut Park In-hwan, “Navillera” merupakan sebuah drama yang akan memenrikan ketenangan minda dan menyejukkan hati. Jadinya, anda yang gemar drama mengenai kehidupan orang biasa, pastinya akan beremosi apabila menonton “Navillera’ Percayalah!

Siapa yang sukakan cerita mengenai kehidupan dan impian, pastinya akan seronok menonton “Navillera”. Boleh tonton kat Netflix tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...