Ikuti Kami:

Kisah Jenayah Kartel Wang, Episod Awal ‘Payback’ Raih Rating Tinggi

Kisah Jenayah Kartel Wang, Episod Awal ‘Payback’ Raih Rating Tinggi

Akhirnya drama Moon Chae-won dan Lee Sun-kyun sudah pun ditayangkan di SBS kini!

Sinopsis

“Payback” menceritakan kisah balas dendam mendebarkan tentang mereka yang akan mempertaruhkan segala-galanya, untuk melawan kartel wang yang telah bersekongkol dengan undang-undang.

Mendebarkan

Episod awal ini menyaksikan bagaimana wang mampu membuatkan manusia hidup jauh dari pangkal jalan selain melupakan asas kemanusiaan. Selepas berhadapan dengan Pengerusi Myung yang turut menyimpan pelbagai rahsia, Eun-yong (Lee Sun-kyun), Tae-chun (Kang Yoo-seok) dan Joon-gyung (Moon Chae-won) memulakan misi bagi menumpaskan lelaki itu.

sbs payback

Rating baik

Untuk tayangan awal ini, “Payback” berjaya meraih rating tinggi iaitu 8.7% bagi episod pertama dan 7.4% untuk episod keduanya. Menerusi komen penonton, rata-ratanya teruja melihat gandingan Moon Chae-won, Lee Sun-kyun dan Park Hoon di mana kesemuanya menonjolkan kualiti lakonan yang hebat.

Korang dah tonton ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...