Kisah Isu Perkahwinan Berbeza, Rating Episod Awal ‘Love (ft. Marriage & Divorce)’ Cipta Sejarah Di TV Chosun

love (ft. marriage and divorce)

Makin banyak pula rasanya K-Drama yang highlight kan kisah masalah rumah tangga. Samalah dengan sebuah drama baru yang bertajuk “Love (ft. Marriage And Divorce)” ini.

Kalau anda nak tahu, drama ini membawa kisah 3 wanita menawan yang berada dalam linkungan usia 30-an, 40-an dan 50-an. Mereka semua melalui pelbagai dugaan dalam kehidupan rumah tangga dalam usaha untuk mencari cinta sejati.

Baru sahaja dua episod ditayangkan namun rata-rata penonton sudah pun tertarik dengan pelbagai watak wanita yang hebat dalam naskhah ini. Pun begitu, disebabkan oleh pelbagai sengketa yang masih belum dikupas, semua masih tidak pasti lagi watak mana yang baik dan watak mana yang jahat.

love (ft. marriage and divorce)

Mungkin disebabkan oleh premisnya yang menarik dan sesuai untuk pasangan berkahwin mahupun sesiapa yang sukakan drama bertemakan konflik perkahwinan, rating yang dicatatkan oleh drama ini boleh tahan hebat pada awal tayangannya. Malah dengan angka 7.2% ketika tayangan episod kedua, ianya sekaligus mencipta sejarah di saluran tersebut sebagai catatan rating terbaik kini.

Siapa yang seronok tonton drama seperti “The World Of The Married” pastinya akan seronok menonton drama “Love (ft. Marriage And Divorce)”.

Jadi jangan terlepas dan saksikannya di Netflix kini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply