Ikuti Kami:

Kisah Idola Bergelut Untuk Popular, Permulaan ‘IDOL: The Coup’ Hanya Capai Rating 0%

Kisah Idola Bergelut Untuk Popular, Permulaan ‘IDOL: The Coup’ Hanya Capai Rating 0%

Selepas “Imitation” dan “Let Me Be Your Knight”, ada satu drama baru berkisarkan kehidupan idola telah ditayangkan menerusi JTBC kini.

Sinopsis

Drama ini mengenai sekumpulan idola yang gagal menggapai populariti dan terbeban untuk melepaskan impian yang sukar dicapai itu.

Idola tercorot

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini menyaksikan kumpulan ‘Cotton Candy” yang sudah 6 tahun di dalam dunia hiburan namun masih belum mampu menemui cahaya mereka. Bahkan mereka digelar ‘mang-dol’ (idola hancur) kerana kian ditolak oleh pendatang baru dan di ambang pembubaran. Walaubagaimanapun, Kim Je-na yang merupakan ahli kumpulan tersebut mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan karier mereka.

jtbc idol: the coup

Dalam pada itu, penonton tertanya-tanya apa yang akan terjadi apabila timbalan CEO baru agensi kumpulan itu iaitu Cha Jae-hyuk (Kwak Si-yang) dilantik untuk menguruskan urusan idola. Adakah sikapnya yang hanya mementingkan keuntungan akan menolak ‘Cotton Candy’ ke penghujungnya?

Rating bawah 1%

Sayangnya kerana drama ini hanya mampu mencatatkan rating bawah 1% untuk episod awalnya di mana 0.751% untuk episod pertama dan 0.648% bagi episod kedua. Mengjengah komen orang ramai, majoritinya memuji lakonan yang ditonjolkan Ahn Hee-yeon, EXY, Ahn Sol-bin, Han So-eun dan Green.

jtbc idol: the coup

Dalam pada itu, rata-rata penonton mengatakan bahawa dunia idola yang disampaikan menerusi “IDOL: The Coup” adalah realistik namun plotnya mungkin agak ‘gelap’ untuk diketengahkan sebagai drama idola. Bahkan waktu tayangannya yang sedikit lewat iaitu sekitar 11 malam menyukarkan kumpulan sasaran iaitu remaja untuk menontonnya memandangkan mereka perlu tidur awal bagi mempersiapkan diri untuk aktiviti pada keesokan harinya.

Apa pula pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...