Ikuti Kami:

Kisah Hakim Di Mahkamah Juvana, Kim Hyesu & Kim Mooyeol Dilamar Terajui Netflix ‘Juvenile Judgement’

Kisah Hakim Di Mahkamah Juvana, Kim Hyesu & Kim Mooyeol Dilamar Terajui Netflix ‘Juvenile Judgement’

Nampaknya Kim Moo-yeol dan Kim Hye-soo mungkin akan bergabung dalam satu drama baru tak lama lagi!

Dengar cerita, kedua pelakon hebat ini akan menerajui sebuah drama Netflix baru bertajuk “Juvenile Judgement”. Malah agensi naungan mereka berdua turut mengesahkan bahawa pelakon tersebut sedng meneliti skrip yang diterima.

“Juvenile Judgement” ialah sebuah drama perundangan di mana ia membawa kisah seorang hakim yang bencikan pesalah bawah umur dan kemudiannya dilantik menjadi hakim di mahkamah juvana di daerah Yeonhwa. Hakim tersebut yang pernah menjadi mangsa penjenayah juvana sebelum ini akan menghadapi pelbagai kes melibatkan remaja bawah umur dan mula mengenal erti menjadi dewasa.

juvenile judgement

Jikalau Kim Hye-soo menerima tawaran tersebut, dia akan berlakon sebagai Shim Eun-seok iaitu seorang hakim di mahkamah juvana daerah Yeonhwa. Dia merupakan seorang dengan mata yang berkarisma, personaliti yang gagah sehingga kelihatan tegas dan membuatkan ramai yang menganggapnya sebagai sombong. Dia mempunyai nadi persaingan, yang ternyata membantu dirinya menolak kesemua rakan sekerja lelaki untuk mencapai tempat paling teratas.

Kim Moo-yeol pula ditawarkan watak sebagai hakim lain yang mempunyai ketinggian 180cm dan bahu yang bidang. Digambarkan sebagai seorang yang kelakian dan seksi, dia ialah seorang yang mengatasi kesusahan dalam suasana yang daif dan menjadi hakim selepas mengambil peperiksaan kelayakan sekolah menengah.

Sama-sama kita saksikan sama ada mereka akan menerima tawaran drama “Juvenile Judgement” ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...