Ikuti Kami:

Kisah Gadis Tinggal Bersama Gumiho, Jang Kiyoung & Hyeri Sah Terajui ‘Frightening Cohabitation’

Kisah Gadis Tinggal Bersama Gumiho, Jang Kiyoung & Hyeri Sah Terajui ‘Frightening Cohabitation’

Selepas hanya khabar angin yang bertiup, Jang Ki-young dan Hye-ri kini telah pun disahkan bakal membintangi drama tvN bersama.

“Frightening Cohabitation” (diadaptasi daripada webtoon), membawa kisah seorang pelajar kolej iaitu Lee Dam yang tanpa sengaja tertelan guli seorang gumiho lelaki bernama Shin Woo-yeo yang kian hampir mencapai impiannya untuk menjadi manusia. Apabila seseorang menelan guli tersebut, mereka akan hanya hidup selama setahun sebelum guli itu pecah dan menghalang gumiho itu daripada berubah menjadi manusia. Disebabkan itu, Shin Woo-Yeo meminta Lee Dam untuk tinggal bersama dan sekaligus bermulalah kisah cinta di antara mereka.

Jang Ki-young akan membawa watak Shin Woo-yeo, seorang gumiho dengan rupa yang tampan, badan yang tegap, personaliti yang sopan dan persona menarik selain sudah hidup selama 999 tahun.

tvn frightening cohabitation

Hye-ri pula akan berlakon sebagai Lee Dam, seorang pelajar koleh yang langsung tidak berlapis cakapnya. Dia merupakan seorang yang tegas dan jujur selain sangatlah objektif, lantas dia tidak mempunyai sebarang hubungan cinta sepanjang hidupnya.

Bakal ditayangkan pada tahun 2021, malah peminat K-Drama antarabangsa tak perlu risau kerana anda boleh menontonnya di laman iQiyi juga. Yes!

Macam manalah keserasian di antara Hye-ri dan jang Ki-young agaknya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...