Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah naskhah baru yang akan diterajui oleh Kim Hee-sun selepas “Alice” menamatkan tayangannya tak lama dahulu.
Menurut laporan media, pelakon wanita hebat itu telah ditawarkan untuk berlakon dalam drama drama adaptasi webtoon “Tomorrow”.
Drama itu menceritakan kisah fantasi di tempat kerja dan menggembara di antara realiti dan juga kehidupan akhirat. Apabila dunia selepas kehidupan berada dalam situasi yang menggemparkan dek terdapat ramai roh hasil kes pembunuhan diri, satu pasukan pengurusan krisis telah turun ke bumi bagi menguruskan manusia yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengambil nyawanya sendiri dan membuatkan mereka mahu hidup semula.
Kisah bermula apabila Choi Joon-woong yang merupakan seorang penganggur koma disebabkan satu kemalangan. Namun begitu, rohnya mendapat kerja dalam pasukan pengurusan krisis di bahagian pengurusan roh Phanstasmagoria sebagai staf termuda.
Khabarnya, Rowoon telah menerima tawaran untuk membawa watak Choi Joon-woong ini.
Jika Kim Hee-sun menerima tawaran drama ini, dia akan melakonkan watak Goo Ryeon, seorang malaikat maut yang bertanggungjawab menyelamatkan sesiapa yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri. Dia merupakan seorang ketua yang berkarisma namun menyimpan dengan rapi mengenai kisah lalunya.
Walaubagaimanapun, dilaporkan bahawa “Tomorrow” versi drama akan mengambil jalan yang lain berbanding webtoon asalnya.
Dikhabarkan juga yang drama ini akan memulakan penggambaran pada hujung tahun ini dan akan bersiaran pada awal tahun hadapan.
Plot mantap kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.