Ikuti Kami:

Kisah Curang Kian Berbelit, ‘Red Balloon’ Pertama Kali Lepasi Rating 10%

Kisah Curang Kian Berbelit, ‘Red Balloon’ Pertama Kali Lepasi Rating 10%

Tak sah lah Korea kalau tak hasilkan drama yang bertemakan kecurangan kan? Sebab itu, drama TV Chosun iaitu “Red Balloon” menjadi ikutan ramai kini.

Terbaru, drama itu berjaya mencapai rating dua angka buat pertama kali sepanjang tayangannya dengan catatan 10.1%.

Dalam episod kali ini, Jo Eun-kang (Seo Ji-hye) semakin berani merebut Go Cha-won (Lee Sang-woo) meskipun sudah ditangkap oleh isterinya, Han Ba-da (Hong Soo-hyun). Malah dia masih mahu meneruskan hubungan dengan lelaki itu dan memastikan bahawa pasangan itu akan bercerai akhirnya.

tv chosun red balloon

Melihatkan plot yang kian menebal itu, penonton meninggalkan komen seperti “Apa lah mereka ni”, “Penat tengok perangai masing-masing” dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, “Red Balloon” yang diterajui Seo Ji-hye, Lee Sung-jae, Hong Soo-hyun dan Lee Sang-woo, membawa kisah penyakit yang dilalui semua iaitu keinginan yang dipendam. Ia menggambarkan cerita menyentuh hati mengenai individu yang cuba mencapai kemahuan yang menyakitkan jiwa.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...