Ikuti Kami:

Kisah Cinta Pelajar Sekolah Menengah, ‘True Beauty’ Gandingkan Cha Eunwoo & Moon Gayoung

Kisah Cinta Pelajar Sekolah Menengah, ‘True Beauty’ Gandingkan Cha Eunwoo & Moon Gayoung

Semakin hari, semakin banyak K-Drama yang mengadaptasi karya daripada webtoon popular di Korea. Sama juga dengan naskhah “True Beauty” yang sudah pun disahkan bakal ditayang di tvN tak lama lagi.

“True Beauty” yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, membawa kisah Im Joo-kyung yang berasa sangat tidak yakin dengan penampilannya lantas menggunakan bantuan solekan untuk kelihatan cantik di mata dunia. Dia kemudiannya berjumpa dengan Lee Su-ho iaitu seorang lelaki yang menyimpan luka jauh di lubuk hatinya. Bersama, mereka mengubah diri dan berkembang dengan berkongsi rahsia antara satu sama lain.

tvn true beauty

Bukan itu sahaja, drama ini turut mengesahkan barisan pelakon utama yang bakal membintanginya. Moon Ga-young bakal membawa watak Im Joo-kyung, seorang gadis yang tidak mahu ditangkap ketika dia tidak mengenakan sebarang solekan. Merupakan pelajar sekolah menengah yang cerita dan optimistik serta membina keyakinan diri menerusi alat solek.

Cha Eun-woo akan membawa watak Lee Su-ho yang memiliki segalanya daripada rupa, rekod akademik yang cemerlang dan juga kemahiran bermain bola keranjang yang hebat. Semua orang sukakannya namun dia tidak menunjukkan sebarang minat terhadap orang lain.

tvn true beauty

Watak Han Seo-joon pula akan digalas oleh pelakon baru bernama Hwang In-yeob. Dikahabarkan mempunyai visual yang setanding dengan Su-ho, Seo-joon juga mempunyai tubuh badan yang tegap dan personaliti yang liar. Namun di dalamnya, dia merupakan seorang yang lembut.

Meskipun terdapat khabar angin yang mengatakan Park Yoo-na sudah pun ditawarkan untuk berlakon watak Kang Soo-jin, iaitu ‘puteri’ yang tegas di Sekolah Menengah Saebom, namun masih tiada lagi berita terbaru mengenai sama ada dia menerima untuk menyertai drama ini atau pun tidak.

Bagi yang dah tak sabar, “True Beauty” bakal menemui penonton pada separuh kedua tahun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...