Ikuti Kami:

Kisah Cinta Menyentuh Perasaan, Rating ‘Our Beloved Summer’ Terus Meningkat

Kisah Cinta Menyentuh Perasaan, Rating ‘Our Beloved Summer’ Terus Meningkat

Nampaknya “Our Beloved Summer” berjaya menawan hati banyak peminat K-Drama!

Sudah pun memasuki 6 episod, drama ini menunjukkan peningkatan yang konsisten pada saban tayangan, Untuk episod terbaru ini, ia berjaya mencatatkan rating sebanyak 4% iaitu catatn terbaiknya selain merupakan kali pertama naskhah berkenaan melepasi garisan 4%.

Walaupun awalnya digambarkan seperti hubungan mereka berakhir buruk tapi sebenarnya banyak perkara yang tidak diketahui mereka berdua. Choi Ung dan Kook Yeon-su sebenarnya nampak masih menghargai satu sama lain dan fakta dahulu banyak kepincangannya. Semakin banyak yang terbongkar, semakin penonton sedar bahawa mereka berdua ditakdirkan bersama.

sbs our beloved summer

Untuk pengetahuan, “Our Beloved Summer” ialah sebuah drama komedi romantik tentang perasaan rumit pasangan yang telah berpisah. Tetapi apabila dokumentari yang mereka rakam 10 tahun lalu di sekolah menengah tiba-tiba menjadi popular, mereka terpaksa bersama di hadapan kamera sekali lagi.

Suka sangat tengok cerita ni, rasa macam tengah bercinta sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...