Semakin banyak nama yang disebut bakal menerajui drama “Shooting Star” sejak kebelakangan ini.
Terbaru, Ha Do-kwon yang popular menerusi pelbagai drama seperti “Sove League”, “The Penthouse” dan terbaru “The Witch’s Diner” dilaporkan bakal menyertai drama “Shooting Star”.
Ianya membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea dan menceritakan mengenai individu yang bertanggungjawab ‘membersihkan’ kehidupan selebriti. Naskhah ini juga menekankan bagaimana pelbagai staf seperti pengurus dan jurusolek yang membantu membuatkan selebriti berkenaan lebih bersinar.Bukan sahaja lelaki ini, malah Lee Sung-kyung dan Kim Young-dae juga sedang dalam perbincangan untuk menerajuinya.
Memepunyai bakat yang versatil dalam lakonan, sudah pasti ramai yang menantikan watak apa yang bakal dilakonkan oleh lelaki itu di dalam “Shooting Star”.
Sama-sama kita nantikan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.