Ikuti Kami:

Kisah Balas Dendam, Drama Misteri ‘The Revenge Of The Goddess’ Diterajui Yoon Hyunmin & Kim Sarang

Kisah Balas Dendam, Drama Misteri ‘The Revenge Of The Goddess’ Diterajui Yoon Hyunmin & Kim Sarang

Kembali lagi kita dengan K-Drama yang membina plot untuk membalas dendam!

“The Goddess Of Revenge” merupakan drama misteri mengenai seorang wanita yang tanpa sengaja mendapat peluang untuk membalas dendam. Dalam proses tersebut, wanita itu mendapati dirinya berdepan dengan orang yang berpengaruh dalam masyarakat.

Kim Hae-ra (Kim Sa-rang) pernah bekerja sebagai wartawan namun tiada siapa yang menghargai kerjanya. Kini, selepas berkahwin dengan seorang selebriti, dia menjadi antara individu berpengaruh di Korea Selatan. Namun begitu, tanpa sengaja, dia terlibat dengan satu skandal yang menyebabkan dia dihumban ke lembah paling gelap. Kim Hae-ra walaubagaimanapun bangkit untuk membalas dendam.

tv chosun the revenge of the goddess

Cha Min-joon (Yoon Hyun-min) ialah seorang peguam dingin yang mempunyai kadar kemenangan 100%. Selepas keluarganya terperangkap di penipuan dan musnah, dia hanya memikirkan mengenai kejayaan dan cara untuk membalas dendam bagi pihak keluarganya.

Pihak produksi “The Goddess Of Revenge” menjelaskan,

Sila jangkakan plot balas dendam yang segar yang digambarkan oleh para pelakon ini menerusi persembahan yang hebat dan tidak dapat dilawan. Deria para penonton juga akan bangkit dengan menonton drama ini.

tv chosun the revenge of the goddess

Saksikan “The Goddess Of Revenge” bermula 21 November ini di TV Chosun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...