Ikuti Kami:

Kira Jumlah Pendapatan Han Yeseul, Netizen Terkejut Lihat Harta Cecah Puluhan Jutaan Ringgit

Kira Jumlah Pendapatan Han Yeseul, Netizen Terkejut Lihat Harta Cecah Puluhan Jutaan Ringgit

Kehidupan sebagai seorang selebriti sememangnya dipenuhi liku dan onak duri tetapi bayaran yang diterima mereka boleh dikatakan sangat lumayan berbanding kakitangan kerajaan atau pun swasta yang lain.

Baru-baru ini, satu laman komuniti telah membuat anggaran pendapatan yang diperolehi oleh pelakon Korea terkenal iaitu Han Ye-seul. Jumlah aset dan bayaran yang diterimanya selama ini pasti akan membuatkan anda terkejut dan terpempan!

Bayaran drama per episod

Mengikut sumber yang ada, pelakon wanita itu sudah pun membintangi sebanyak 13 (220 episod) drama sepanjang perjalanan karier seninya. Bagi setiap episod, Han Ye-seul menerima bayaran sebanyak 30 milion won (RM105k) bermakna dia telah memiliki 6.6 bilion won (RM23.1 juta) bagi semua drama yang dibintanginya itu.

Walaubagaimanapun, atas perjanjian pembahagian untung bersama syarikatnya dengan nisbahnya 7:3, jadi bahagian yang menjadi miliknya hanyalah 4.6 bilion won (RM16.1 juta).

pendapatan han yeseul

Bayaran iklan komersial

Untuk iklan komersial (CF) pula, Han Ye-seul setakat ini telah merakamkan sebanyak 99 iklan. Para pengiklan perlu membayar wanita itu sebanyak 500 milion won (RM1.7 juta) bagi setahun kontrak.

Jadinya, kesemua iklan yang dirakamnya itu membawa keuntungan sebanyak 49.5 bilion won (RM173.6 juta) dan selepas menggunakan nisbah pembahagian bayaran yang sama, Han Ye-seul mendapat bayaran sebanyak 34.6 bilion won (RM121.3 juta).

pendapatan han yeseul

Milikan hartanah Han Ye-seul

Wanita hebat itu juga memiliki bangunan 3 tingkat bernilai 3.3 bilion won (RM11.5 juta) bertempat di Los Angeles, Korea Town.

Selain turut memiliki sebuah bilik di Galleria Forest di kejiranan Seong-su yang berharga 4.4 bilion won (RM15.4 juta).

Malahan pada tahun 2018, pelakon ini pernah membeli sebuah bangunan lain di Korea dengan nilai 3.4 bilion won (RM11.9 juta).

Jika harga kesemua hartanah yang dimilikinya, Han Ye-seul memiliki harta sebanyak 11.1 bilion won (RM38.9).

pendapatan han yeseul

Kenderaan milik Han Ye-seul

Bukan itu sahaja, wanita tersebut memiliki Porsche 911 Carrera 4S yang dikhabarkan bernilai 180 milion won (RM631k) yang dipasang dengan kelengkapan Korea. Daripada gambar yang dimuat naik oleh Han Ye-seul ketika pelancaran rasmi kereta tersebut, ianya bernilai dalam lingkungan 100 ke 200 milion won (RM350k ke RM701k).

pendapatan han yeseul

Memang lumayan betul bila jadi selebriti yang terkenal!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...