Ikuti Kami:

‘Kingdom’ Kembali Menghantui Penonton Dengan Musim Keduanya Pada Mac 2020 Ini!

‘Kingdom’ Kembali Menghantui Penonton Dengan Musim Keduanya Pada Mac 2020 Ini!

Setelah lama menunggu, akhirnya drama “Kingdom” telah pun mengumumkan sambungannya dalam musim kedua dan bakal berjumpa dengan peminat setia naskahah itu pada tahun hadapan!

Bagi yang tidak tahu, “Kingdom” adalah drama zaman lampau yang digabungkan bersama kisah zombi dan mengambil tempat ketika era Joseon. Bagi menyelamatkan kesemua manusia daripada wabak, putera raja Chang (Joo Jihoon) telah kembali semula ke istana untuk mencari sumber sebenar penyakit tersebut dan dalam masa yang sama membongkar rahsia dan plot jahat yang sedang berlaku di tempat tersebut. Musim pertama berakhir dengan kesudahan yang sangat mengejutkan dan membuatkan kesemua penonton tak senang duduk nak menantikan sambungannya.

kingdom 2

Akan bertemu penonton pada Mac 2020, beberapa sedutan pendek mengenai musim kedua “Kingdom” telah dimuat naik bagi menaikkan lagi jangkaan penonton.

Sedutan video ini menunjukkan saat kematian yang dialami oleh Chang, Seobi (Bae Doona), Permaisuri (Kim Hyejoon), zombi dan Raja.

Memegang erat pedang yang dipenuhi dengan darah, Chang menuju ke istana dalam keadaan gelap gelita.

kingdom 2

Seobi terkurung di tempat yang tidak diketahui dengan matanya tertutup. Percikan darah menghiasi muka wanita itu sambil terdengar jeritan nyaring.

kingdom 2

Permaisuri masih lagi menduduki takhta tertinggi disebabkan oleh ketamakan dan membuatkan dukun menghabiskan nayawanya.

kingdom 2

Sekumpulan zombi mengganas dan menuju ke arah pintu, Joseon mula dipenuhi dengan bayang-bayang gelap.

kingdom 2

Serta raja yang telah bertukar menjadi zombi!

kingdom 2

Mesti ramai yang dah tak sabar nak tonton “Kingdom” musim kedua kan? Pasti jalan ceritanya adalah lebih mendebarkan dan menyebabkan penonton susah nak tidur malam selepas menontonnya. Nantikan Mac ini di laman penstriman Netflix!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...