Ikuti Kami:

Kim Youngwoong Dedah Selalu Buat Silap Ketika Penggambaran ‘Vincenzo’ Dek Ketampanan Song Joongki

Kim Youngwoong Dedah Selalu Buat Silap Ketika Penggambaran ‘Vincenzo’ Dek Ketampanan Song Joongki

Nampaknya para pelakon “Vincenzo” semua memang terpana apabila melihat personaliti dan wajah Song Joong-ki.

Kalau sebelum ini pelakon yang membawa watak sami, Ri Woo-jin mendedahkan kebaikan pelakon popular itu, kini pemilik bisnes ‘Bye Bye Balloon’ iaitu Kim Young-woong pula berkongsi kisahnya ketika merakamkan drama itu.

Kim Young-woong langsung tidak segan untuk mengakui yang dia jadi tak tentu arah dek ketampanan Song Joong-ki,

Dia sangat pandai berlakon dan juga kacak. Ada kala apabila saya mendalami lakonan dan wajahnya, sampaikan saya lupa skrip sendiri.

kim youngwoong

Sambil tertawa, tambahnya,

Saya rasa dia berlebihan kerana mampu mengalihkan perhatian dan mengganggu tempo lakonan.

Jelas Kim Young-woong lagi, dia memuji kemampuan Song Joong-ki kerana cepat membalas lontaran ayat spontan ketika penggambaran.

Dia sangat pantas dan mampu membalas kesemua ad-lib.

kim youngwoong

Bahkan pelakon ini mendedahkan bahawa babak di mana dia meminta Vincenzo memanggilnya abang adalah spontan dan direka pada ketika itu juga. Tapi Song Joong-ki mampu membalasnya dengan baik,

Abang? Saya pukul nanti!

Semua pelakon “Vincenzo” nampaknya hanya mempunyai pujian kepada Song Joong-ki. Betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...