Ikuti Kami:

Kim Yoojung Jadi Ahli Termuda Kelab Utama Derma Bawah ChildFund Korea Lepas Banyak Membantu

Kim Yoojung Jadi Ahli Termuda Kelab Utama Derma Bawah ChildFund Korea Lepas Banyak Membantu

Apabila kita ada kemampuan, sebaiknya digunakan untuk membantu orang lain. Sama juga dengan pelakon Kim Yoo-jung yang telah diangkat sebagai ahli ke-229 untuk Green Noble Club baru-baru ini.

Kalau anda nak tahu, kelab ini dikelola di bawa ChildFund Korea dimana ia merangkumi individu yang menderma sejumlah wang yang banyak sekurang-kurangnya 100 milion won. (RM368,869). Dilahirkan pada tahun 1999, Kim Yoo-jung menjadi ahli termuda yang menyertai kelab tersebut.

Kim Yoo-jung dikhabarkan sudah mendermakan secara diam di bawah nama yang berlainan sejak awal kariernya sebagai pelakon lagi, selain turut menderma bagi membantu kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan rendah dan dalam kesusahan kerana COVID-19. Malah, wang yang didermakan turut digunakan untuk membayar rawatan perubatan kanak-kanak yang sakit.

kim yoojung

Baiknya Kim Yoo-jung, semoga terus membantu ramai orang lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...