Ikuti Kami:

Kim Yoojung & Ahn Hyoseop Dikhabarkan Bakal Bergandingan Dalam Drama Bersejarah ‘Hong Chungi’

Kim Yoojung & Ahn Hyoseop Dikhabarkan Bakal Bergandingan Dalam Drama Bersejarah ‘Hong Chungi’

Khabarnya Kim Yoo-jung dan Ahn Hyo-seop mungkin akan bergandingan dalam sebuah drama bersejarah baru tak lama lagi!

Sumber daripada dalam industri mengatakan bahawa Kim Yoo-jung telah menerim atawaran untuk berlakon dalam drama SBS baru bertajuk “Hong Chun Gi”. Bahkan agensi pelakon itu turut mengesahkan berita tersebut,

Kim Yoo-jung ada menerima tawaran untuk berlakon ‘Hong Chun Gi’ dan sedang menelitinya.

hong chungi

Drama ini bakal diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama dan turut ditulis oleh penulis yang menulis karya ‘hit’ seperti “Sungkyunkwan Scandal” dan “The Moon Embracing the Sun”. “Hong Chun Gi” ialah sebuah drama romantik fantasi yang berlatar belakangkan era Joseon di mana ia membawa kisah satu-satunya pelukis wanita iaitu Hong Chun-gi yang cantik rupawan dan sentiasa ceria. Dia juga memiliki daya ingatan yang sangat luar biasa.

Bagi watak hero pula, khabarnya Ahn Hyo-seop telah menerima tawaran tersebut dan sekiranya menerima, dia akan bergandingan dengan Kim Yoo-jung buat pertama kalinya sebagai watak utama.

Semoga khabar angin ini adalah betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...