Ikuti Kami:

Kim Woobin Dikhabarkan Bakal Berpindah Ke Agensi Sama Dengan Kekasihnya, Shin Minah!

Kim Woobin Dikhabarkan Bakal Berpindah Ke Agensi Sama Dengan Kekasihnya, Shin Minah!

Umum pasti mengetahui tentang hubungan cinta di antara pelakon popular iaitu Kim Woobin dan Shin Minah. Mula berkenalan apabila mereka sama-sama menjadi model untuk jenama Giordano, tak sangka ianya akan bercambah kepada hubungan kekasih tak lama selepas itu. Rata-rata netizen memberikan sokongan padu kepada kedua selebriti ini kerana mereka tidak menunjuk langsung mengenai kisah cinta mereka. Bahkan ramai yang tersentuh melihat Shin Minah yang berada di sisi teman lelakinya itu semasa dia sedang melawan penyakit kanser.

Dikhabarkan bahawa Kim Woobin telah pun meninggalkan agensi yang menjaganya selama 8 tahun iaitu SidusHQ pada akhir tahun lepas. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak berpisah secara baik dan agensi itu memberikan sokongan kepada pelakon lelaki itu walaupun mereka tidak lagi bersama.

kim woobin

Tak lama selepas itu, satu khabar angin telah bertiup mengatakan bahawa Kim Woobin sedang dalam perbincangan untuk menyertai agensi AM Entertainemnt. Kalau anda nak tahu, kekasihnya Shin Minah turut bernaung di bawah jagaan mereka. Satu sumber daripada agensi itu turut mengesahkan berita itu.

Kami dalam perbincangan untuk menandatangani kontrak eksklusif bersama Kim Woobin.

Mendengarkan berita baik ini, ramai netizen yang mendoakan agar Shin Minah dan Kim Woobin supaya cepat berkahwin. Nampak betul pasangan ini menjadi idola kepada ramai pasangan di luar sana.

shin minah dan kim woobin

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...