Ikuti Kami:

Kim Woobin Derma Bayaran Dokumentarinya, Bantu Kanak-Kanak Sakit Kanser Berisiko Tinggi Dijangkiti COVID-19

Kim Woobin Derma Bayaran Dokumentarinya, Bantu Kanak-Kanak Sakit Kanser Berisiko Tinggi Dijangkiti COVID-19

Kim Woobin bukan sahaja terkenal dengan wajah kacaknya dan kehebatan lakonannya bahkan dia juga dikenali sebagi seorang yang pemurah. Lihat sajalah apabila dia mendermakan sejumlah wang yang besar bagi membantu orang yang memerlukan ketika wabak COVID-19 yang menular di Korea baru-baru ini.

Tak cukup dengan itu, pelakon lelaki tersebut kini dikhabarkan telah menderma keseluruhan bayarannya sebagai narrator dalam dokumentari istimewa MBC iaitu “Humanimal” kepada Pertubuhan Leukemia Bagi Kanak-kanak Korea.

Agensi Kim Woobin iaitu AM Entertainment menjelaskan bahawa pelakon itu membuat keputusan tersebut selepas mendengar kesulitan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang menghidap kanser dan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit daripada virus corona dan tidak mempunyai keupayaan untuk mencari topeng muka.

kim woobin derma bantu kanak-kanak penghidap kanser

Lelaki itu mula mengenali Pertubuhan Leukemia Bagi Kanak-kanak Korea semasa tahun 2017 lagi, ketika dia sendiri menghidap kanser nasopharyngeal. Dengan bantuan Kim Woobin itu, pertubuhan tersebut akan menggunakan derma tersebut untuk membeli topeng muka dan menghantarnya kepada keluarga kanak-kanak yang menghidap kanser.

Kami sedang mengambil langkah yang terbaik bagi membantu kanak-kanak penghidap kanser yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Kami bermula dengan 995 kit yang mengandungi barangan anti-bakteria tetapi kami mengalami kesukaran untuk mendapatkan barang keperluan disebabkan harga yang ian meningkat kerana wabak COVID-19. Kami mengucapkan terima kasih kepad Kim Woobin kerana menghulurkan bantuan pada waktu yang sangat kami perlukan.

Disebabkan oleh sifat dermawan lelaki ini, ramai kanak-kanak penghidap kanser dapat melindungi diri mereka daripada jangkitan COVID-19.

Sumber: MK Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...