Ikuti Kami:

Kim Taehee Dedah Suaminya, Rain Tak Mampu Tonton ‘Hi Bye Mama!’ Sebab Terlampau Sedih!

Kim Taehee Dedah Suaminya, Rain Tak Mampu Tonton ‘Hi Bye Mama!’ Sebab Terlampau Sedih!

Kepulangan yang disambut baik selepas 5 tahun merehatkan diri demi memberi fokus kepada keluarga, nyata membuktikan bahawa tuah sentiasa berada di sisi Kim Tae-hee. Membawa watak seorang ibu yang meninggal sebelum sempat melihat anaknya membesar dalam “Hi Bye, Mama!”, lakonan wanita itu telah menyentuh hati ramai penonton.

Penjiwaan wataknya yang ‘hidup’ sehingga semua boleh merasai kesengsaraannya yang hanya mampu melihat kehidupan anaknya dari mata seorang roh sahaja. Tetapi Cha Yu-ri diberi peluang untuk menjadi manusia kembali dengan syarat dapat duduk semula di tempat asalnya iaitu di sisi suami dan anaknya.

kim taehee hi bye mama

Pengalaman sebagai ibu memudahkan penjiwaan watak

Seperti yang semua ketahui, Kim Tae-hee berkahwin dengan penyanyi Rain pada tahun 2017 sebelum dikurniakan dua cahaya mata sepanjang perkahwinan merek itu. Disebabkan faham dengan perasaan sebagai seorang ibu, pelakon itu mengakui bahawa lebih mudah untuk dia mengemudi watak Cha Yu-ri yang teringin menjalankan tanggungjawabnya sebagai figura penting dalam hidup seorang anak.

Kebanyakan penonton yang mengikuti drama “Hi Bye, Mama!” daripada awal lagi terpaksa akur dengan air mata yang sentiasa tumpah tak kira babak. Walaupun sedar adalah mustahil untuk roh kembali menjadi manusia, tetapi semua sentiasa meletakkan harapan kepada peluang yang tipis supaya Yu-ri boleh kembali dan hidup bahagia bersama keluarganya.

kim taehee hi bye mama

Rain pun tak tengok sebab sedih sangat!

Tapi realiti merupakan sesuatu yang pahit kerana wanita itu membuat keputusan untuk kembali menjadi roh supaya orang lain boleh meneruskan hidup mereka seperti yang sepatutnya. Sikap tidak pentingkan diri Yu-ri ini membuatkan penonton menahan geram dan tangisan pada episod akhirnya.

Bahkan bukan sahaja penonton yang mengalami kesukaran untuk menepis rasa hiba itu, bahkan Kim Tae-hee sendiri berkongsi bahawa suaminya Rain turut merasakan kesedihan kisahnya dalam “Hi Bye, Mama!”.

Suami saya asyik cakap yang drama ini terlampau menyedihkan sehingga dia tidak mampu untuk menontonnya.

kim taehee hi bye mamaKini, pelakon wanita itu bakal memberi fokus kepada kehidupan keluarga sebelum kembali berlakon suatu hari nanti apabila berjumpa dengan naskhah yang bersesuaian.

“Hi Bye, Mama!” bakal menjadi satu drama yang dekat di hati Kim Tae-hee dan juga penonton!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...