Ikuti Kami:

Kim Soohyun & Seo Yeji Serasi Bersama Serta Plot Menarik, Episod Awal ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Dihujani Pujian

Kim Soohyun & Seo Yeji Serasi Bersama Serta Plot Menarik, Episod Awal ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Dihujani Pujian

Seronoknya apabila dapat lihat Kim Soo-hyun kembali beraksi di kaca televisyen selepas lebih 2 tahun berehat. Baru sahaja 2 episod ditayangkan tetapi ternyata “It’s Okay To Not Be Okay” sudah berjaya menarik perhatian peminat.

Sinopsis ringkas

Drama ini membawa sebuah kisah romantik di antara dua individu yang akhirnya mengubati luka emosi dan psikologi masing-masing. Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) merupakan seorang penjaga di sebuah wad psikiatri dan tugas utamanya adalah mencatatkan kondisi pesakit dan menangani pelbagai situasi tidak dijangka seperti menenangkan pesakit yang mengamuk atau pun apabila mereka melarikan diri.

episod pertama it's okay to not be okay

Pun begitu, lelaki tersebut hanya menerima bayaran yang rendah meskipun melakukan pelbagai kerja berat. Gang-tae dilengkapi dengan banyak kelebihan seperti tubuh yang sasa, bijak, kemampuan untuk merasa simpati terhadap orang lain dan banyak lagi. Tetapi dia meletakkan abangnya Sang-tae (Oh Jung-se), seorang penghidap autisme sebagai fokus utama dalam kehidupannya.

Pun begitu, pada suatu hari Gang-tae telah berkenalan dengan seorang penulis cerita kanak-kanak popular iaitu Go Mun-yeong (Seo Ye-ji). Pengenalan itu sering bermain di fikiran lelaki tersebut kerana sikap dingin dan ‘luar biasa’ wanita itu sama seperti seseorang yang pernah dikenalinya semasa kecil.

Episod pertama yang mengasyikkan

Dalam episod awal “It’s Okay To Not Be Okay”, penonton dibawa untuk menelusuri kesemua karakter penting di dalam naskhah ini. Misteri mengenai Gang-tae, seorang penjaga di wad psikiatri yang selalu berpindah daripada satu hospital lain ke hospital lain sering membelenggu orang sekelilingnya.

Nampak tidak mesra dengan orang lain tetapi lelaki ini memandang abangnya Sang-tae dengan pandangan seperti madu menitis daripada matanya. Selepas kematian ibu mereka dek satu pembunuhan misteri yang disaksikan oleh abangnya, mereka hidup berpindah-randah kerana Sang-tae sering mengalami episod pelik setiap kali tiba masa pada ulang tahun kematian orang tua tersebut. Lelaki yang mengalami masalah autisme ini sering menggambarkan pembunuh itu dengan nama ‘kupu-kupu’.

episod pertama it's okay to not be okay

Sang-tae sangat menyukai Go Mun-yeong iaitu penulis buku kanak-kanak yang sangat popular namun diselebungi dengan misteri. Wanita itu hidup di bawah perhatian umum sejak kecil lagi kerana ibunya merupakan seorang penulis buku jenayah terkenal manakala ayahnya juga merupakan nama yang besar dalam bidang seni bina. Sepertinya Mun-yeong hidup bersendirian dan susah difahami orang lain kerana masalah anti-sosial yang dihidapinya selain trauma daripada kehidupan lampaunya.

Baru beberapa kali bertemu, Mun-yeong berasa tertarik dengan Gang-tae dan berjanji akan menjadikan lelaki itu sebagai miliknya.

episod pertama it's okay to not be okay

Penonton puji plot dan keserasian pelakon utama

Meskipun baru sahaja dua episod ditayangkan tetapi rata-rata penonton meluahkan rasa teruja dengan plot unik yang ditampilkan dalam “It’s Okay To Not Be Okay”. Malahan lambakan pujian menghujani Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji dek kerana kehebatan lakonan mereka selain keserasian yang mantap di antara keduanya.

Ianya sangat menyeronokkan. Seo Ye-ji sangat mempersonakan!

 

Pengarahannya adalah sangat bagus. Kedua teraju utamanya pandai berlakon dan pengakhirannya juga mengagumkan.

 

Saya sangat suka drama genre sebegini. Seronok sangat!

 

Kedua-dua pelakon mempunyai keserasian yang baik dan plotnya juga berkembang dengan baik sekali.

 

Saya menonton tanpa menjangkakan apa-apa tetapi masa berlalu dengan begitu pantas. Saya dah jumpa drama baru untuk ditonton!

episod pertama it's okay to not be okay

Bukan biasa-biasa, “It’s Okay To Not Be Okay” turut meraih rating yang baik untuk tayangan perdananya iaitu 6.07%. Siapa yang minat drama seperti ini, memang disarankan untuk menontonnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...