Ikuti Kami:

Kim Soohyun Disahkan Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Drama ‘Crash Landing On You’!

Kim Soohyun Disahkan Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Drama ‘Crash Landing On You’!

Drama “Crash Landing On You” nampaknya kini sedang menjadi buah mulut hampir semua penonton K-Drama! Meskipun mempunyai jalan cerita yang agak klise namun keserasian pelakon Hyunbin dan Son Yejin berjaya menyerikan lagi naskhah tersebut.

crash landing on you

Bagi menghangatkan lagi drama komedi romantik ini, dikhabarkan bahawa pelakon Kim Soohyun bakal melakukan kemunculan istimewa dalam salah satu episodnya. Pelakon popular itu telah pun bersetuju dengan pelawaan ini dan kini sedang berbincang mengenai masa yang sesuai untuk merakamkan babaknya. Dengar cerita, lelaki itu bakal merakamkan sedutan pendek tersebut dalam minggu ini juga.

Rata-rata peminat Kim Soohyun sudah tidak sabar untuk menonton dia di kaca televisyen setelah sekian lama mendiamkan diri. Kali terakhir dia berlakon adalah ketika kemunculan istimewa dalam drama popular “Hotel Del Luna” tahun lepas.

kim soohyun

Tapi jangan risau, Kim Soohyun sudah pun disahkan bakal menerajui dalam drama “Psycho But It’s Okay” yang akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini. Ia membawa kisah seorang pengawal di wad psikiatri yang jatuh cinta dengan seorang wanita yang tidak tahu langsung mengenai cinta. Dia juga merupakan seseorang yang tidak percaya dengan cinta.

Tak sabar nak tengok Kim Soohyun bawa watak apa dalam kemunculan istimewanya menerusi drama “Crash Landing On You” ini nanti!

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...