Ikuti Kami:

Kim Seonho Menang Besar Undian Populariti Hero ‘Start-Up’, Ramai Rasa Watak Nam Joohyuk Tak Menarik

Kim Seonho Menang Besar Undian Populariti Hero ‘Start-Up’, Ramai Rasa Watak Nam Joohyuk Tak Menarik

Rasanya anda semua pastinya mengakui bahawa “Start-Up” merupakan antara drama yang paling hot sekali kini. Setiap minggu pasti ada sahaja entri di laman lomuniti yang membincangkan mengenai plot dan juga watak di dalamnya.

Terbaru, satu undian telah dilakukan di laman carian Naver mengenai siapakah yang sepatutnya menjadi hero utama “Start-Up”. Tajuk undian itu ialah,

Nam Do-san vs Han Ji-pyung, siapa yang saya akan pilih jikalau saya Dal-mi?

kim seonho vs nam joohyuk

Mengejutkan kerana Han Ji-pyung (Kim Seon-ho) memenangi undian tersebut dengan perbezaan yang jauh sekali iaitu 81%, mencatatkan lebih daripada 37,000 jumlah undian. Manakala Nam Do-san (Nam Joo-hyuk) hanya mampu berpuas hati dengan 18% iaitu dengan 8,000 undian.

kim seonho start-up

Keputusan ini berterusan membuktikan bahawa Kim Seon-ho berjaya mencuri ‘spotlight’ drama ini meskipun hero utama yang dinamakan ialah Nam Joo-hyuk. Kebanyakan daripada komen yang ditinggalkan pada undian tersebut menyatakan bahawa persona Han Ji-pyung adalah lebih menarik berbanding Nam Do-san.

Mengejutkan Nam Do-san dapat 18%, saya ingatkan Han Ji-pyung akan menerima 98% undian.

 

Sejujurnya siapa yang akan pilih Nam Do-san.. dia tiada persona menarik langsung..

 

Serius.. makin ramai kenalan saya yang mula meminati Kim Seon-ho..

 

Perkara paling pelik sekali ialah mengenai emosi heroin. Dal-mi sangatlah obses dengan surat tersebut sampaikan sanggup hidup solo selama 15 tahun tetapi apabila dia tahu bahawa penulis surat itu ialah Han Ji-pyung, tiba-tiba mereka buang dia. Kunci utama ‘Start-Up’ ialah surat tersebut tapi kini ia tidak penting lagi. Dia tetap pilih Do-san walaupun dah tahu penulis sebenar. Kenapa??

 

Walaupun banyak babak yang membuatkan saya ‘???’, tapi saya terus menonton sebab Kim Seon-ho.

 

Karakter Nam Do-san sangatlah… dia mempunyai personaliti yang sangat tidak mempersonakan dan boleh nampak jurang di antara mereka. Penulis memberikan kesemua perwatakan hero pertama pada Han Ji-pyung, jadi saya tak paham kenapa mereka pilih Nam Do-san sebagai watak utama.

nam joohyuk start-up

Menurut mereka karakter Nam Do-san yang sedikit keanak-anakan dan hanya mencari salah Han Ji-pyung membuatkan dia nampak tidak matang. Namun Han Ji-pyung yang lebih dewasa dan cuba menyelesaikan segala masalah secara tenang membuatkan ramai wanita yang tertarik dengan personalitinya.

Korang setuju tak dengan komen ini semua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...