Ikuti Kami:

Kim Seonho Jadi Duta, 11th Street Raih Keuntungan Pecah Rekod Untuk Jualan 11.11

Kim Seonho Jadi Duta, 11th Street Raih Keuntungan Pecah Rekod Untuk Jualan 11.11

Walaupun ada ura-ura yang mengatakan bahawa ada sesetengah pengguna mahu memboikot 11th Street kerana terus menggunakan Kim Seon-ho sebagai duta, lain hasilnya yang diraih semasa jualan 11.11 baru-baru ini.

Menurut 11th Street, jumlah transaksi yang diperolehi mereka semasa hari terakhir kempen tersebut mencecah 200 bilion won (RM704 juta). Bahkan jualan itu mencecah 21 bilion won (RM73.9 juta) dalan masa sejam sahaja selepas ia berlangsung pada 11 November lalu, sekaligus mencipta rekos baru buat laman beli-belah tersebut.

Terus memuat naik promosi jualan itu bersama Kim Seon-ho, ulas presiden 11th Street,

Saya mahu menyampaikan ucapan terima kasih buat gabungan jenama dan penjual di 11th Street yang menjadi tonggak kepada festival terbaik ini.

kim seonho 11th street

Antara komen netizen:

Semoga berjaya 11th Street! Selamat berjaya buat Kim Seon-ho juga~

 

Semua mahukan Kim Seon-ho dan menyokongnya, 11th Street patut bagi bonus buatnya.

 

Selamat maju jaya buat Kim Seon-ho!

 

Ini adalah kerana karakter Kim Seon-ho. Tiada siapa yang mahu lihat lelaki baik terus dipijak. Iklan akan datang turut akan mencapai kejayaan, jadi saya harap setiap syarikat mengambil perhatian mulai sekarang.

 

Pada asalnya saya menggunakan platform lain tapi demi Kim Seon-ho, saya mendaftar akaun 11th Street dan membeli pelbagai barang. Saya sokong awak!

Terdahulu, Kim Seon-ho terpalit dengan kontroversi apabila bekas kekasihnya mendedahkan bahawa lelaki itu meninggalkannya selepas dia menggugurkan anak mereka. Walaubagaimanapun, dengan pendedahan Dispatch di mana wanita itu banyak menipu, orang ramai mula mengubah persepsi mereka dan berpihak pada Kim Seon-ho.

Nampaknya efek Kim Seon-ho masih ‘panas’!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...