Ikuti Kami:

Kim Seonho Disunting Sehabis Mungkin Dalam Episod Terbaru ‘2 Days 1 Night’

Kim Seonho Disunting Sehabis Mungkin Dalam Episod Terbaru ‘2 Days 1 Night’

Minggu lalu, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan pendedahan bekas kekasih Kim Seon-ho mengenai tingkahlaku lelaki itu semasa mereka menjalinkan hubungan.

Akhirnya mengakui kesilapan tersebut, pelakon yang sedang meningkat naik itu memilih untuk mengundurkan diri daripada semua projeknya termasuklah program “2 Days 1 Night” dek kritikan ramai.

Sudah pun merakamkan untuk episod minggu ini, seperti yang dijanjikan oleh pihak produksi, rakaman solo Kim Seon-ho langsung disunting habis daripada ditayangkan. Malah lelaki itu hanya dapat dilihat dalam rakaman kumpulan seperti perlawanan antara kumpulan dan untuk deskripsi permainan sahaja. Bagi slot misi dan babak makan malam serta hubungan antara ahli turut disunting dengan cermat.

kbs 2 days 1 night

Meskipun tidak dapat dilihat secara jelas, rata-rata peminat Kim Seon-ho meluahkan rasa syukur kerana KBS tidak mengaburkan mukanya langsung seperti yang berlaku dalam salah satu program di tvN baru-baru ini. Dalam pada itu, ramai yang bersedih kerana pelakon itu tidak akan muncul lagi dalam episod akan datang dan “2 Days 1 Night” akan diteruskan dengan 5 ahli sahaja buat masa ini.

Mesti peminat “2 Days 1 Night” terasa kekosongan yang ditinggalkan Kim Seon-ho kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...