Ikuti Kami:

Kim Seonho Dedah Trauma Lama Dek Melihat Ibunya Bergelut Dengan Perompak Semasa Kecil

Kim Seonho Dedah Trauma Lama Dek Melihat Ibunya Bergelut Dengan Perompak Semasa Kecil

Disebabkan Kim Seon-ho kini yang kian popular dalam kalangan peminat drama Korea, semakin ramai yang mula tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dirinya.

Kalau anda nak tahu, Kim Seon-ho sebelum ini pernah berkongsi mengenai satu insiden menakutkan yang dialaminya sehingga membuatkan dia trauma sehingga kini.

Semasa berada di sekolah rendah, saya tinggal di rumah bersama ibu saya apabila seorang perompak memasuki rumah kami. Saya ingatkan bahawa dia adalah ayah saya dan saya berada di dalam bilik sepanjang hari tersebut. Saya langsung tak tahu bahawa ibu saya ditikam dan ia merupakan satu insiden yang sangat serius.

Jelasnya lagi,

Masih jelas dalam ingatan saya bagaimana kotak mainan dan gitar jatuh sehingga menyebabkan bunyi yang kuat. Saya teringat memandang ke dalam mata ibu saya semasa dia sedang berdarah. Saya juga masih terbayang suara jeritan perompak tersebut dan ibu saya yang bergelut dengannya.

trauma kim seonho

Disebabkan oleh kejadian tersebut, ia meninggalkan impak yang besar kepada pelakon itu.

Sejak daripada itu, saya akan berasa risau apabila ada orang di belakang saya. Semasa sedang menjalani ujian, minda saya tiba-tiba kosong apabila cikgu lalu di belakang saya. Saya sendiri tak sangka yang saya akan mempunyai kerja yang perlu berhadapan dengan orang ramai.

Kim Seon-ho juga menjelaskan bagaimana kejadian itu meninggalkan kesan kepada ibunya,

Untuk beberapa ketika, ibu saya sukar untuk melihat sesiapa yang memakai baju putih dan jeans kerana dia akan teringatkan perompak tersebut. Apabila keluar, mesti dia akan merasakan bahawa dia tidak mengunci pintu dengan betul. Walaubagaimanapun, semuanya baik-baik sahaja kini.

Kesian betul Kim Seon-ho dan ibunya kerana terpaksa melalui insiden yang mendebarkan seperti itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...