Selepas program “2 Days 1 Night” tamat tayangan pada Mac lepas, ramai yang tertanya-tanya sama ada ia akan kembali ke udara dalam masa terdekat ini. Berita gembira untuk peminat kerana sumber media mengkhabarkan bahawa rancangan itu akan kembali untuk musim ke-4 bermula Disember nanti.
Daripada khabar angin yang bertiup, Kim Jongmin merupakan satu-satunya ahli asal daripada musim lepas yang akan kembali untuk musim terbaru ini. Berita lain turut membawa khabar bahawa pelakon Yeon Junghoon dan pelawak Moon Seyoon akan turut serta sebagai ahli baru program ini. Selain itu, penyanyi rap Din Din juga dikatakan sedang dalam perbincangan mengenai partisipasinya dalam musim terbaru nanti.
Terbaru, pengarah produksi rancangan ini sendiri iaitu Bang Geulyi telah mengesahkan berita kemunculan kembali program hiburan ini. Ahli baru rancangan ini disahkan bakal diwarnai oleh Kim Jongmin, Yeon Junghoon, Moon Seyoon, Kim Seonho, Din Din dan Ravi daripada kumpulan idola VIXX.
“Wajah baru ‘2 Days 1 Night’ yang tidak pernah dilihat lagi sebelum ini, hasil daripada gabungan muka baru yang tak pernah menyertai apa-apa rancangan hiburan dan penghibur veteran. Dengan kualiti ‘2 Days 1 Night yang sedia ada sebelum ini ditambah lagi dengan kualiti baru untuk musim ke-4 ini.”
Pastinya musim terbaru ini akan lebih menyeronokkan daripada musim-musim yang sebelumnya!
Sumber: Soompi