Ikuti Kami:

Kim Raewon Pilih Aktres Paling Padan Berganding Dengannya! Siapakah Wanita Bertuah Itu?

Kim Raewon Pilih Aktres Paling Padan Berganding Dengannya! Siapakah Wanita Bertuah Itu?

Walaupun sudah berusia 38 tahun, aura Kim Raewon sebagai seorang pelakon masih lagi kuat. Sudah berkecimpung selama 22 tahun dalam bidang lakonan, lelaki macho ini masih lagi menjadi rebutan para pengarah drama dan juga filem. Mestilah disukai kerana rata-rata naskhah lakonannya pasti menjadi popular antaranya ialah ‘Love Story in Harvard’, ‘My Little Bride’, ‘Gourmet’, ‘Punch’, ‘Doctors’ dan banyak lagi.

Dah banyak berlakon drama dan filem kan, jadi Kim Raewon pasti dah bergandingan ramai pelakon wanita yang cantik dan menawan. Antara pelakon yang pernah menjadi heroinnya ialah  Kim Tae Hee, Song Hye Kyo, Im Soo Jung, Moon Geun Young, Jung Ryeo Won, Park Shin Hye, and Gong Hyo Jin. Lihat sahajalah kesemua pelakon wanita yang disenaraikan, pasti ada rasa terpana semasa mereka berlakon sekali.

kim raewon kim taehee song hyegyo jung ryeowon park shinhye

Menerusi rancangan hiburan ‘Please Take Care of My Refrigerator’, pengacara program itu telah menebak Kim Raewon dengan satu soalan cepumas. Soalannya ialah “Antara kesemua pelakon wanita yang pernah digandingkan dengannya sebelum ini, siapa yang paling sepadan dengannya?”

Pun begitu, pelakon kacak itu mengelak dengan memberi jawapan samar-samar, “Saya sangat bertuah kerana hanya dapat berlakon dengan orang yang baik-baik sahaja, jadi kesemua drama saya diterima baik. Saya tak boleh pilih seorang sahaja.”

kim taehee kim raewon park shinhye jung ryeowon song hyegyo

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, pengacara rancangan itu terus mengasak Kim Raewon, lantas dia memilih Park Shinhye iaitu gandingannya semasa drama ‘Doctors’. Menurutnya wanita itu turut belajar di universiti yang sama dengannya. Jelasnya lagi, “Pasukan drama ‘Doctors’ telah memulakan penggambaran sebulan lagi awal daripadanya kerana dia sibuk merakamkan filem lain semasa itu. Pasukan itu banyak membantu saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan semua orang.”

kim raewon park shinhye

Ramai sungguh yang suka berlakon dengan Park Shinhye, mungkin kerana dia merupakan seorang yang peramah dan baik hati. Sebab itulah ramai pelakon lelaki yang senang bergandingan dengannya.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...