Ikuti Kami:

Kim Namgil & Seo Yeji Dikhabarkan Bakal Terajui Drama Fantasi Pengusiran Roh ‘Island’

Kim Namgil & Seo Yeji Dikhabarkan Bakal Terajui Drama Fantasi Pengusiran Roh ‘Island’

Khabarnya Kim Nam-gil mungkin akan bergandingan dengan Seo Ye-ji dalam sebuah drama fantasi baru di OCN nanti.

“Island” ialah sebuah drama fantasi pengusiran roh yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama. Ia membawa kisah seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah dan seorang wanita yang tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Kedua mereka kemudiannya disertai oleh seorang paderi penghalau roh yang diulit rasa bersalah selepas gagal melindungi seorang perempuan. Di pulau tersebut yang sebenarnya diselubungi oleh kejahatan yang gelap meskipun nampak cantik di luar, ketiga-tiga watak ini yang berlainan akan bergabung tenaga untuk melindungi satu sama lain.

kim namgil

Jikalau Kim Nam-gil menerima tawaran ini, dia akan membawa watak pemburu raksasa seksi iaitu Van yang tidak mempunyai kebolehan untuk hidup dalam dunia realiti. Lelaki ini hanya memburu, menyembelih, membunuh raksasa. Meskipun sering terlibat dengan pembunuhan yang kejam, dia tidak mempunyai sebarang perasaan di dalam hatinya.

Bukan itu sahaja, Seo Ye-ji juga dikatakan sedang berbincang untuk muncul dalam “Island” sebagai Won Mi-ho, anak perempuan kepada keluarga kaya yang kini menjadi sasaran goblin jahat.

seo yeji

Sekiran Kim Nam-gil menerima tawaran ini, ini adalah drama pertamanya selepas “The Fiery Priest” tamat pada tahun 2019.

Nantikan kemas kini lanjut mengenai drama “Island”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...