Kim Namgil Sah Jadi Profiler Penjenayah Dalam Drama Thriller ‘Those Who Read The Hearts Of Evils’

kim namgil

Sudah pun disahkan bakal menyertai drama pengusiran roh “Island”, Kim Nam-gil dikhabarkan bakal menerajui sebuah drama baru bertajuk “Those Who Read The Hearts Of Evils”.

Drama baru SBS ini ialah sebuah naskhah thriller jenayah di mana ianya membawa perspektif seorang profiler yang bertungkus-lumus untuk membaca minda pembunuh bersiri.

Untuk pengetahuan anda, ia diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama. Ianya ditulis oleh Kwon Il-yong dan Go Na-moo.

kim namgil

Kim Nam-gil bakal membawa nama Song Ha-young, seorang profiler penjenyaah yang mampu melihat secara dekat minda orang lain dan menggali pelbagai rahsia dalam kes jenayah. Dengan karisma yang dingin, ramai yang dah tak sabar menantikan Kim Nam-gil membawa watak yang berat ini.

“Those Who Read The Hearts Of Evils” dikhabarkan bakal memulakan penggambaran selepas pencarian pelakon untuk kesemua watak selesai dilakukan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply