Ikuti Kami:

Kim Namgil, Lee Dahee & Cha Eunwoo Sah Terajui Drama Pengusiran Roh ‘Island’

Kim Namgil, Lee Dahee & Cha Eunwoo Sah Terajui Drama Pengusiran Roh ‘Island’

Terpaksa mencari pelakon baru selepas kontroversi yang melibatkan Seo Ye-ji sebelum ini, drama “Island” akhirnya mengesahkan barisan pelakon utamanya.

“Island” ialah sebuah drama fantasi pengusiran roh ini mengisahkan seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah manakala si wanita itu pula tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Kedua mereka kemudiannya disertai oleh seorang paderi penghalau roh yang diulit rasa bersalah selepas gagal melindungi seorang perempuan. Di pulau cantik tersebut yang sebenarnya diselubungi oleh kejahatan yang gelap, ketiga-tiga watak ini yang berlainan akan bergabung tenaga untuk melindungi satu sama lain.

Kim Nam-gil bakal membawa watak Van iaitu seorang yang ditakdirkan untuk menyelamatkan dunia namun terpaksa melupakan kemahuan dirinya sendiri. Lee Da-hee pula akan berlakon sebagai Won Mi-ho, seorang pewaris kata yang terperangkap di kepulauan Jeju. Selain itu, Cha Eun-woo bertanggungjawab menghidupkan watak John iaitu seorang penghalau roh Katolik serta Sung Joon yang bakal menjadi pembantu Van bernama Goong Tan.

ocn island

Penggambaran drama ini akan bermula pada Oktober nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...