Peminat K-Drama pasti tahu ada ramai idola telah mengembangkan kerjaya mereka dalam bidang lakonan.
Terbaru pada 26 September, Kim Nam-gil telah terlibat dalam satu temu bual, bagi menceritakan sedikit sebanyak tentang dramanya “Song of the Bandits”.
Ketika sesi temu bual, Kim Nam-gil mengaku bahawa dia mempunyai keraguan melihat Seohyun SNSD berlakon dalam drama berkenaan dengan memberitahu,
Saya mempunyai tanggapan awal tentang idola menjadi pelakon, tetapi saya merasakan dedikasinya semasa bekerja dengannya.
Bagaimanapun, pelakon lelaki itu menjelaskan,
Wataknya Hee-shin adalah watak yang mungkin enggan dimainkan oleh seorang pelakon. Dia terlalu pendiam. Seohyun juga tahu watak itu mengganggu dan dia berkata dia mahu mencuba sesuatu. Baguslah Seohyun dapat membawa watak seperti itu. Masalahnya ialah saya.
Memang menjadi kan watak Seohyun dalam drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.