Ikuti Kami:

Kim Minjae Sah Bintangi Drama Komedi Romantik ‘Dal-li And Gamja-Tang’ Disamping Park Gyuyoung

Kim Minjae Sah Bintangi Drama Komedi Romantik ‘Dal-li And Gamja-Tang’ Disamping Park Gyuyoung

Selepas “Do You Like Brahms?” tamat, nampaknya Kim Min-jae sudah bersiap sedia untuk menyapa penonton dengan sebuah drama baru tak lama lagi!

“Dal Li And Gamja-tang” membawa kisah cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang langsung tidak mempunyai persamaan. Kim Min-jae disahkan akan melakonkan watak Jin Mu-hak, di mana keluarganya berjaya membesarkan perniagaan gamja-tang yang kecil sehingga menjadi syarikat makanan global. Meskipun merupakan pengarah di syarikat tersebut, namun dia kurang cerdik dan sentiasa menduduki tempat terkahir dalam ranking akademik di sekolah. Semasa sedang dalam usaha untuk mendapatkan sebuah muzium seni yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Kim Dal-li, dia akhirnya jatuh cinta dengan wanita itu.

kim minjae

Khabarnya watak heroin ditawarkan kepada Park Gyu-young, namun masih belum ada kata putus dari pihak pelakon wanita itu lagi.

Ready tak nak tengok Kim Min-jae buat comeback?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...