Ikuti Kami:

Kim Kyungnam & Jeon Hyebin Dikhabarkan Akan Terajui Drama Hujung Minggu KBS ‘Other’s Happy House’

Kim Kyungnam & Jeon Hyebin Dikhabarkan Akan Terajui Drama Hujung Minggu KBS ‘Other’s Happy House’

Selepas membuktikan bakat lakonannya dalam “The King: Eternal Monarch”, nampaknya Kim Kyung-nam mungkin bakal menghiasi sebuah drama baru tak lama lagi.

Khabarnya pelakon lelaki itu akan membawa watak utama untuk drama hujung minggu KBS “Other’s Happy House”. Naskhah ini akan ditayangkan selepas drama “Homemade Love Story” menamatkan tayangan.

Disebabkan ia bakal ditayangkan pada hujung minggu di KBS, ramai yang dah teruja menantikan drama ini memandangkan slot berkenaan sering mencapai rating hampir 30%. Bahkn penulis yang menggarap drama “Other’s Happy House” ini juga sudah banyak menghasilkan drama popular lain seperti “Wang’s Family”.

house of pleasant people

Kim Kyung-nam dikhabarkan bakal membawa watak Han Ye-seul iaitu seorang yang berimpian untuk menjadi penyanyi rock namun menempa kejayaan sebagai penyanyi trot di Tokyo. Manakala Jeon Hye-bin pula ditawarkan watak Lee Kwang-shik iaitu watak wanita utama.

Tak sabarnya nak menantikan gandingan ini sekiranya khabar angin yang berterbangan tersebut benar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...