Ikuti Kami:

Kim Kyungnam Jadi Hero Drama Romantik Emosi ‘Just One Person’ Bersama Ahn Eunjin

Kim Kyungnam Jadi Hero Drama Romantik Emosi ‘Just One Person’ Bersama Ahn Eunjin

Selepas Park Sung-hoon terpaksa mengundurkan diri daripada drama “Just One Person”, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikannya.

Terbaru, Kim Kyung-nam disahkan bakal menyertai drama ini nanti dan agensinya turut mengesahkan berita tersebut.

Kim Kyung-nam yang terus mengorak langkah di dalam kariernya apabila mencapai transformasi baru dengan setiap watak telah membuat keputusan untuk menyertai ‘Just One Person’ sebagai projek yang seterusnya.

Drama romantik emosional ini membawa kisah tiga wanita menghidapi sakit yang boleh membawa maut yang bertemu di pusat penjagaan hospital. Mereka membuat keputusan untuk mengalahkan seorang lelaki jahat sebelum menemui ajal – tapi ketika usaha itu, mereka berkenalan dengan seseorang yang bermakna dalam kehidupan mereka.jtbc just one personAhn Eun-jin akan membawa watak Pyo In-sook, seorang wanita degil serta tidak sensitif yang disahkan menghidapi penyakit berbahaya manakala Joy (Red Velvet) bakal berlakon Sung Mi-do, seorang personaliti media sosial popular yang tidak mempunyai banyak masa dalam hayatnya.

Kang Ye-won pula ditugaskan membawa Kang Se-yeon, seorang suri rumah tangga yang menjalani kehidupan normal dengan mencapai jangkaan yang diletakkan dan menjalani tanggungjawab tanpa menjadi perhatian sesiapa pun. Namun dia mula mengalami kesukaran apabila dia disahkan tidak akan hidup lama.

Kim Kyung-nam pula akan melakukan transformasi gelap sebagai pelakon lelaki utama Min Woo-chun, seorang penembak hendap misteru yang menjalani jalan yang menyakitkan dalam hidup. Walaupun dilahirkan dengan naluri yang tajam dan pemikiran bijak, dia terseksa dengan luka emosi mendalam kerana menjalani kehidupan buruk yang tidak dimahukannya. Apabila berkenalan dengan Pyo In-sook, mereka mula menjadi orang yang penting dalam kehidupan masing-masing.

“Just One Person” bakal ditayangkan pada separuh kedua 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...