Ikuti Kami:

Kim Junghyun & Shin Hyesun Kongsi Ucapan Serta ‘Hint’ Episod Terakhir ‘Mr. Queen’

Kim Junghyun & Shin Hyesun Kongsi Ucapan Serta ‘Hint’ Episod Terakhir ‘Mr. Queen’

Menjelang episod akhir, teraju utama drama “Mr. Queen” telah berkongsi ucapan buat para peminat naskhah tersebut.

Shin Hye-sun yang berjaya menggeletek hati penonton dek persembahan hebatnya sebagai watak Kim So-yong telah meluahkan rasa sayangnya terhadap drama tersebut yang bakal menemui titik noktah tak lama lagi.

Dengan situasi dunia kini, agak sukar untuk tersenyum dan berasa tenang. Jadi, saya harap agar kesemua penonton dapat gelak semasa menonton “Mr. Queen”, walaupun hanya sekejap. Saya sangat berterima kasih kepada penonton yang menonton drama ini sehingga ke akhirnya.

shin hyesun mr. queen

Kim Jung-hyun yang turut berjaya mencuri perhatian penonton sebagai Raja Cheoljong yang punyai banyak ‘muka’ juga tidak lupa untuk meninggalkan pesanan buat penonton.

Dapat membuatkan penonton ketawa dalam waktu yang sukar ini adalah sesuatu yang sangat menggembirakan buat saya, sehingga saya tak harapkan apa-apa lagi. Saya harap penonton tidak akan melupakan watak kami, di mana setiap daripadanya menunjukkan bahawa apa pun dapat dicapai dengan harapan dan aspirasi.

kim junghyun mr. queen

Bukan itu sahaja, Kim Jung-hyun turut berkongsi ‘hint’ untuk ending drama ini nanti.

Saya harap anda akan menonton episod terakhir nanti bagi menyaksikan nasib Kim So-yong dan Raja Cheoljong. Malah anda juga akan disajikan dengan perkembangan watak Cheoljong.

Pelakon lelaki ini turut akan menyanyikan satu lagu runut bunyi buat drama ini tahu, malah dia juga turut menulis sebahagian daripada liriknya. Tak sabarnya nak dengar!

Korang dah ready ke nak lepaskan “Mr. Queen”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...