Ikuti Kami:

Kim Junghyun Dedah Hanya Tahu Gu Seungjun Mati Semasa Rakaman Episod Terakhir ‘Crash Landing On You’!

Kim Junghyun Dedah Hanya Tahu Gu Seungjun Mati Semasa Rakaman Episod Terakhir ‘Crash Landing On You’!

Pelakon Kim Junghyun mula menjejakkan kaki ke dalam dunia lakonan bermula pada tahun 2015 dalam filem “Overman” dan kian dikenali ramai menerusi wataknya sebagai adik Gong Hyojin dalam drama “Incarnation Of Jealousy”. Semakin hebat apabila lelaki itu berjaya merebut watak utama untuk drama KBS, “School 2017” dan JTBC “Eurachacha Waikiki” pada tahun seterusnya. Walaubagaimanapun, setelah menerima cacian kerana perlakuannya yang endah tak endah semasa sidang media drama “Time”, dia mengambil keputusan untuk undur diri daripada drama tersebut pada separuh jalan atas alasan mengalami masalah tidur dan pemakanan.

kim junghyun

Hampir 1 tahun 5 bulan mendiamkan diri daripada dunia hiburan, Kim Junghyun berdiri tinggi dan kembali semula sebagai antara pelakon utama dalam drama “Crash Landing On You”. Ternyata kemunculan semulanya ini membuahkan hasil kerana drama bergenre melodrama ini berjaya mencipta fenomena bukan sahaja di Korea malahan di seluruh dunia. Sampaikan ia berjaya mengalahkan rekod rating tertinggi di saluran tvN yang dipegang kemas oleh Goblin sebelum ini!

Menerusi drama popular itu, Kim Junghyun membawa watak Gu Seungjun iaitu seorang ahli perniagaan British yang juga sebenarnya penipu. Pada awal cerita dia telah dijanjikan untuk berkahwin dengan Yoon Seri (Son Yejin) tetapi dia mula jatuh cinta dengan seorang wanita bangsawan Korea Utara iaitu Seo Dan (Seo Jihye). Kisah cinta terhalang di antara orang Korea Utara dan Korea Selatan membuatkan ramai penonton yang ikut menangis sekali apabila melihat keperitan watak-watak tersebut.

gu seungjun dan seo dan

Kesemua penonton berasa gembira apabila Gu Seungjun dan Seo Dan berjaya menemui cinta sejati mereka selepas bertahun-tahun memendam rasa kepada orang lain. Tetapi rasa bahagia itu hanya sebentar apabila lelaki itu akhirnya ditembak mati seterusnya menguburkan cinta yang baru berputik itu. Babak Seo Dan yang meratap dan merayu paramedik supaya menyelamatkan Seungjun membuatkan penonton hiba dan marah dengan pengakhiran kisah cinta mereka yang tragis. Punyalah ramai yang terkesan dengan kematian watak yang di bawa Kim Junghyun, nama ‘Gu Seungjun’ terus berada di atas tangga carian di semua laman komuniti Korea selepas tayangan episod terakhir “Crash Landing On You”.

gu seungjun crash landing on you

Rupanya Kim Junghyun sendiri tidak mengetahui bahawa karakter yang dimainkannya akan mengalami nasib semalang itu.

Sebenarnya semasa mendapat skrip untuk episod ke-15 pun, saya masih lagi tidak tahu bahawa saya akan mati. Disebabkan saya ditembak pada penghujung episod ke-15, saya bertanya kepada pengarah sama ada saya akan mati. Dia menjawab ‘Tak tahulah, tak kan nak matikan. Ia adalah satu permulaan kepada awak, awak akan selamat.’

Tetapi apabila saya baca skrip episod ke-16, saya rupanya mati. Saya terfikir mungkin saya akan hidup pada penghujungnya, lantas mula membaca skrip untuk epilog, tetapi saya memang mati.

Pun begitu, Kim Junghyun berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan kasih sayang kepada watak Seungjun. Meskipun ramai yang bersedih atas pemergiannya, disebabkan tiada langsung babak pengebumian, dia meminta agar penonton menganggap yang Gu Seungjun masih ada dan hidup di suatu tempat lain.

Lelaki tersebut turut gembira kerana dapat meninggalkan impak yang besar untuk kesudahan “Crash Landing On You”. Dia meraskan kematiannya yang paling diingati kerana selepas tamat sahaja drama itu kesemua staf meminta maaf atas pemergiannya.

kim junghyun crash landing on you

Dia juga menyatakan sekiranya kesudahan itu diterbalikkan dan dia serta Seo Dan mendapat kesudahan gembira sama seperti pasangan Seri dan Junghyuk, adakah mereka akan dapat menonjolkan rasa gembira sama seperti pasangan itu. Disebabkan itu Kim Junghyun merasakan bahawa kematian Seungjun adalah satu perkara yang patut dilakukan.

Kim Junghyun berjaya membuktikan bakat lakonannya sekali lagi menerusi drama “Crash Landing On You”. Meskipun mengalami masalah kesihatan yang serius sebelum ini tetapi tuah nampaknya berada di samping lelaki ini. Tak sabar nak tengok dia berlakon dalam drama baru!

Sumber: Sports Joseon

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...