Ikuti Kami:

Kim Juhun Kongsi Bakal Kembali Dalam ‘Dr. Romantic 3’

Kim Juhun Kongsi Bakal Kembali Dalam ‘Dr. Romantic 3’

Anda perasan tak yang Kim Ju-hun sudah banyak muncul di dalam K-Drama pada tahun ini?

Dari kemunculan istimewa dalam “Extraordinary Attorney Woo” hingga ke “Big Mouth”, kesemua naskhah yang disertainya pasti menemui kejayaan. Bakal menyertai produksi “Ask The Stars” dan “Dr Romantic 3”, lelaki ini akan menghabiskan 2022 dengan penggambaran.

Ulas Kim Ju-hun dalam sebuah temubual baru-baru ini,

Saya setuju muncul dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’ walaupun tidak melihat skrip, selepas mendengar ia bakal diarahkan oleh Yoo In-shik. Kami bekerja bersama dalam ‘Dr. Romantic’ dan dia yang membuatkan seseorang bernama Kim Ju-hun menjadi pelakon. Agak malu saya bernasib baik untuk menyertai projek yang diterima ramai. Saya gembira anda menyukai drama itu walaupun saya hanya muncul sekejap sahaja. Saya berasa bahawa saya bertuah.

kim juhun

Tambahnya lagi,

Bersyukur yang saya mendapat skrip ‘Ask The Stars’ dan ditawar watak yang menimbulkan rasa ingin tahu, jadi saya mahu melakukannya. Ianya diarahkan oleh Park Shin-woo, yang mempunyai hubungan rapat dengan saya, lantas saya mahu berlakon dengan seronok di sana. Saya akan merakam dengan gembira ‘Dr. Romantic’ sehingga tahun hadapan bersama keluarga yang akan dijumpai semula. Disebabkan kita sudah kembali normal selepas COVID-19, saya mahu bercuti seketika.

Adakah dia akan membawa watak yang sama? Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...