Ikuti Kami:

Kim Joohun Sah Sertai Park Eunbin Dalam Drama Rom-Kom ‘Desert Island Diva’

Kim Joohun Sah Sertai Park Eunbin Dalam Drama Rom-Kom ‘Desert Island Diva’

Pernah bertemu dalam “Extraordinary Attorney Woo”, Kim Joo-hun akan sekali bekerjasama dengan Park Eun-bin menerusi drama baru.

Terbaru, agensi Kim Joo-hun telah mengesahkan penampilannya dalam drama “Desert Island Diva”, dengan watak sebagai Lee Seo-joon.

Untuk pengetahuan, “Desert Island Diva” adalah drama bergenre komedi romantik, yang mengikuti kisah seorang wanita yang diselamatkan di sebuah pulau terbiar selepas hilang 15 tahun lalu.

Sebelum ini, Park Eun-bin dan Cha Jong-hyeop juga telah disahkan akan terajui drama yang sama, meningkatkan jangkaan penonton untuk melihat gandingan mereka berdua.

kim joohun

Dalam drama ini, Kim Joo-hun memainkan watak sebagai Lee Seo-joon, seorang pengurus yang bertanggungjawab ke atas diva terbaik Yoon Ran-joo (Kim Hyo-jin) pada masa lalu dan kini menjadi wakil di RJ Entertainment.

Sama-sama kita nantikan tayangan drama “Desert Island Diva”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...