Ikuti Kami:

Kim Jongkook Tersenyum Disuruh Rakam ‘We Got Married’ Bersama Song Jihyo

Kim Jongkook Tersenyum Disuruh Rakam ‘We Got Married’ Bersama Song Jihyo

Ramai rasanya yang sokong hubungan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo dalam “Running Man” kan?

Semakin seronok apabila melihat respon malu-malu penyanyi berbadan sasa itu apabila diusik mengenai perkara tersebut.

Terbaru, dalam sebuah klip pendek yang dimuat naik oleh program “Outrun By Running Man” di Disney+, Haha, Yang Se-chan dan Ji Suk-jin menyebut mengenai hal berkenaan.

Kata Haha, mereka perlukan berikan apa yang dimahukan penonton supaya terus disayangi. Dia kemudiannya menunjukkan sokongan buat Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo,

Kalau peminat kita menyukainya, kita patut rakam ‘We Got Married’ dalam ‘Running Man’.

outrun by running man

Tambah Haha lagi, mereka patut merakamkan episod berkenaan di rumah Song Ji-hyo memandangkan wanita itu menyatakan tiada apa menyeronokkan di rumah Kim Jong-kook.

Usik Ji Suk-jin,

Ibu bapa mertua awak ada di sana.

Tambah Kim Jong-kook pula,

Adik-adiknya pun ada juga.

outrun by running man

Ji Suk-jin terus menyokong idea berkenaan dan tambah Haha lagi,

Makan sarapan bersama pun sudah pasti ianya akan meletup!

Dengan cadangan Haha tersebut, ramai peminat yang meluahkan rasa setuju selain mengharapkan ia menjadi kenyataan.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...